Jom Kira

Thursday, August 18, 2016

A Four Piece Band

Assalamualaikum...

Cuma nak share sikit, semenjak dua-menjak ni aku mengisi masa lapang aku dengan mebuat latihan musik bersama rakan-rakan sejiwa (kimia) aku.. bila nak main musik ni berpasangan dengan empat kepala kalau takde kimia tak jadi.. so, aku rasa kami berempat boleh dikatakan ade kimia lah.. barulah jadi cerita yang aku nak coretkan hari ini... buat masa ni aku belum nak coretkan sejarah dahulu... aku nak coretkan sejarah terkini... hahaha ok! cerita dia pada tanggal 6 hari bulan Ogos 2016 kami, kawan-kawan kimia aku telah berjaya merakamkan demo musik kami.. angota kumpulan pancaragam kami terdiri dari 4 orang.. 


Sebenarnye kami sebagai rakan-rakan yang ade kimia bermain musik ni dah lama semenjak dari bangku sekolah lagi kami sudah membuat latihan musik bersama, pernah satu ketika kami diangotai 7 orang.. tapi itu semua kisah lama... so setelah kami masing2 sudah berusia sedikit, berumah tangga dan mempenyai komitmen masing2... kami bertemu kembali dan berbincang dan membuat keputusan utuk cuba sekali lagi menceburi dunia musik yang universal ini.. ape lah ayat aku ni hahaha... bedal jer..


Rancangan asal kami.. hendak rakam 3 lagu, tapi dengan stamina dan masa yang terhad.. kami berjaya rakam satu lagu sahaja... Syukur jugak lah.. itu pin berapa kali banya kesilapan yang dilakukan... hahahaha... kami bukan profesional pun...



Aku nak amik kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada pasangan isteri masing2 kerana memberi "hall pass" kepada kami... kepada band member, AdyIzwanov, Izzat, and katique kerana memberi komitment... tak lupa Ucop sebagai sound engineer yang buatkan bunyi kami mantop.. HWC Studio kerana memberi kebenaran mengunakan studio korang hahahaha... dan sape2 yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung... terima kasih semua...



Ok!... tanpa melengahkan lagi... tanpa mebosankan korang lagi dengan coretan aku yang prosa klasik nye tungang terbalik terimalah lagu demo kami... sila tekan play di bawah... hehehe enjoy!

Oh! lupa nak bagi tahu:
Band: The Fourteenth Rib On The Left Side
Song: Akan Ku Bawa Kamu Ke Venus