Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah,
Biar aku mulakan coretan aku ini dengan meminta maaf kepada dunia kerana lama mengabaikan satu-satu nye karya aku di alam sesawang ini... bukan aku tidak mahu berkarya lagi, cuma kebelakangan ini aku kekurangan inspirasi... aku sering membuka blog aku dan click pada button "new post" dan bila aku mahu menekan papan kekunci ini ade saja halangan dan dugaan... serba kekurangan... hmmm entah2 takde sape yg peduli pun... biarlah.. asalkan aku saja yg puas hati dengan coretan aku yg prosa classic bahasa nye agak tunggang langang... Alhamdulillah...
Hari ini, aku cuba kuatkan semangat aku untuk mencoretkan sesuatu yang indah... namun, aku masih tak mampu... tapi dalam kegelapan dan kekurangan aku ini, dalam tidak sedar ade cahaya bagai lilin yang agak malap sedikit dan mampu menerangi hidup aku.... hahaha... ape bahasa aku guna kan ni... entah lah... macam ni lah, biar aku ingatkan satu cerita yang sering kawan aku gunakan terhadap aku... kesah "seorang budak yg berada di padang yang luas" ala yang budak tu tanyekan pada guru die bagaimana kita nak tahu jodoh kita, dan guru nye suruh die memetik rumput yang paling cantik di padang yang luas... dan jangan kau toleh kebelakang sampai ke hujung padang sehinga kau jumpa sehelai rumput itu...... hmmmm motif aku, moral aku... aku sudah memetik rumput yang aku rasa paling cantik, dan aku takan toleh kemana-mana.... dah aku akan pegang pada rumput itu... rumput yang kini telah pun berbunga telahpun menerima aku.... dan kami wujudkan pehubungan ini kerana Allah.... InsyaAllah....