Jom Kira

Thursday, August 18, 2016

A Four Piece Band

Assalamualaikum...

Cuma nak share sikit, semenjak dua-menjak ni aku mengisi masa lapang aku dengan mebuat latihan musik bersama rakan-rakan sejiwa (kimia) aku.. bila nak main musik ni berpasangan dengan empat kepala kalau takde kimia tak jadi.. so, aku rasa kami berempat boleh dikatakan ade kimia lah.. barulah jadi cerita yang aku nak coretkan hari ini... buat masa ni aku belum nak coretkan sejarah dahulu... aku nak coretkan sejarah terkini... hahaha ok! cerita dia pada tanggal 6 hari bulan Ogos 2016 kami, kawan-kawan kimia aku telah berjaya merakamkan demo musik kami.. angota kumpulan pancaragam kami terdiri dari 4 orang.. 


Sebenarnye kami sebagai rakan-rakan yang ade kimia bermain musik ni dah lama semenjak dari bangku sekolah lagi kami sudah membuat latihan musik bersama, pernah satu ketika kami diangotai 7 orang.. tapi itu semua kisah lama... so setelah kami masing2 sudah berusia sedikit, berumah tangga dan mempenyai komitmen masing2... kami bertemu kembali dan berbincang dan membuat keputusan utuk cuba sekali lagi menceburi dunia musik yang universal ini.. ape lah ayat aku ni hahaha... bedal jer..


Rancangan asal kami.. hendak rakam 3 lagu, tapi dengan stamina dan masa yang terhad.. kami berjaya rakam satu lagu sahaja... Syukur jugak lah.. itu pin berapa kali banya kesilapan yang dilakukan... hahahaha... kami bukan profesional pun...



Aku nak amik kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada pasangan isteri masing2 kerana memberi "hall pass" kepada kami... kepada band member, AdyIzwanov, Izzat, and katique kerana memberi komitment... tak lupa Ucop sebagai sound engineer yang buatkan bunyi kami mantop.. HWC Studio kerana memberi kebenaran mengunakan studio korang hahahaha... dan sape2 yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung... terima kasih semua...



Ok!... tanpa melengahkan lagi... tanpa mebosankan korang lagi dengan coretan aku yang prosa klasik nye tungang terbalik terimalah lagu demo kami... sila tekan play di bawah... hehehe enjoy!

Oh! lupa nak bagi tahu:
Band: The Fourteenth Rib On The Left Side
Song: Akan Ku Bawa Kamu Ke Venus

Sunday, July 24, 2016

Kembalikan Masa Depanku


Assalamualaikum...

 

Kembalikan Masa Depan ku

Melangkah demi satu langkah..
Derap langkah kaki selalu menjelajah..
Pikiran dan hati kdang tergoyah..
Tapi mimpi berkata jangan menyerah..

Ku berjalan di atas lintang dunia,
ku menatap dibawah sinar dunia,
terkadang cobaan melintas di sekitar kata,
tapi hati berkata tak ada yang sia-sia..

Pengorbananpun dilalui meskipun terkucurnya darah..
Kesungguhanpun membuat kita menjadi resah..
Terkadang detak jantung slalu bergulir cepat..
Tapi mata berkata lakukanlah yg terbaik..

Biarlah masa lalu membelah jiwa, anganku hnya sbatas mata..
Biarlah masa lalu merobek pita, tapi masa dpan membuka jiwa..
Gerbang ksuksesan didpan mata..
Meniti khdupan yg slalu berputar..
Tuhan tahu kalau kita pintar..

"Venus" is a metaphor

Assalamualaikum...



"Akan ku bawa kamu ke Venus"

This song will take you to the unknown, the songwriter will bring the listeners of his music to a place where no one knows "Venus" is just a metaphor, the music is a vehicle that can transport you to different places, that's the Idea of this song. there is no pain involve in composing this song...


Thursday, June 16, 2016

Dimana aku Sekarang?



Assalamualaikum... 

Just nak update blog.. well lately ni have been tersangat lah sibuk... hehehe urusan keluarga, urusan anak.. dan juga urusan diri sendiri yang tak tahu hala-tuju... Aku mungkin dikaburi dunia berkeluarga hingga aku lupa siapa aku sebenar... hahaha bukan nak berbunga-bunga... tapi sebenar nya hati aku ni halus... Wah, cerita pasal hati jantung ni.. emmm baru baru ni dalam bulan march 2016 aku di diagnos oleh Dr Ting (pakar cardiology) yang aku kena minor heart attack... peh... terkesima aku sebentar dan terjaga dari lena.. Detik hitam yang aku lalui itu buat aku bukak mata seluas-luasnya.. Aku harus lakukan perubahan drastik... Punca serangan angn ahmar halus itu disebabkan heavy smoking aku ni, cholestrol dalam badan aku normal.. so mulai saat ini aku nak bagi tahu seluruh rayat Malaysia yang aku finally dah berhenti merokok... Alhamdulillah... now dah bulan 6 so stakat ni dah 3 bulan aku tak sentuh benda haram tuh.. vape aku hilang kena curi.. bagus gak pencuri tuh.. confirm aku tak isap pape dah.. aku cuma hisap oksigen yang segar-bugar sahaja..


So now aku on medication, aku nak cuba ubah cara hidup... aku nak main basical semula lah... target skang aku nak beli basikal balik.. hmmm yang baru lah off-course... so kumpul duit dari skang.. insyaAllah dalam dua tiga bulan lagi aku boleh stop medication aku ni.. start living a healthy again..


Oh.. semenjak dua menjak ni juga aku dah start jamming balik.. well, band member lama.... dah serasi agaknya... takde org dah nak jam ngan aku.. aku penah cuba jam ngan sudent aku, tapi cam tak berjaya and agak kekok lah.... so back to same line up..... cuma kali ni kami semua dah matang lah.. aku pun malas nak gaduh2 ... die org nak kutuk aku lantak lah... aku bukan nye terer mana pun.. kalau die org nak buang aku pun aku tak kesah... objective aku sekadar ade aktiviti hujung minggu... sekali sekala tingalkan anak bini sebab sanyang... kan!... 

Aku rasa buat masa ni..... ini saja yang dapat bagi peringatan untuk aku.. lepas ni aku akan cuba active kembali mencoretkan "word-play yang sinis" eh.. terpakai ayat member aku plak... hahaha... well until next time see ya....

 

Friday, September 20, 2013

"Mama Pinky B"



Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer pasal tabiat merokok aku, yer aku masih merokok, dalam masa yang sama aku cuba mengurangkan tabiat aku... So aku jumpa alternatif baru untuk mengatasi tabiat aku ini... nama nye VAPE... macam2 org pangil e-cigarette la rokok elektronik lah.... bagi aku senang aku pangil vape, short form kepada vapor, "In vapor we trust" hehehehe..... ok mod yang aku guna dalam vid ni adelah KTS telescopic storm dan tank yang aku guna adelah RDA mini drip tank, memang conbinasi yang mantap, manakala liquid atau flavor yang aku ketagih buat masa ni adelah "mama pinky" dan juga "B-ice"...
Aku bukan nak promosi supaya org ramai isap vape... tapi aku nak tunjukan usaha aku untuk berhenti dari tabiat buruk merokok aku.... sekian.


 

Monday, July 8, 2013

Ramadhan.

 

Assalamualaikum...
 

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah: 183)




Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA…



 

Thursday, July 4, 2013

Semua akan baik-baik saja...



 Assalamualaikum... 

 Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah,

Biar aku mulakan coretan aku ini dengan meminta maaf kepada dunia kerana lama mengabaikan satu-satu nye karya aku di alam sesawang ini... bukan aku tidak mahu berkarya lagi, cuma kebelakangan ini aku kekurangan inspirasi... aku sering membuka blog aku dan click pada button "new post" dan bila aku mahu menekan papan kekunci ini ade saja halangan dan dugaan... serba kekurangan... hmmm entah2 takde sape yg peduli pun... biarlah.. asalkan aku saja yg puas hati dengan coretan aku yg prosa classic bahasa nye agak tunggang langang... Alhamdulillah... 

Hari ini, aku cuba kuatkan semangat aku untuk mencoretkan sesuatu yang indah... namun, aku masih tak mampu... tapi dalam kegelapan dan kekurangan aku ini, dalam tidak sedar ade cahaya bagai lilin yang agak malap sedikit dan mampu menerangi hidup aku.... hahaha... ape bahasa aku guna kan ni... entah lah... macam ni lah, biar aku ingatkan satu cerita yang sering kawan aku gunakan terhadap aku... kesah "seorang budak yg berada di padang yang luas" ala yang budak tu tanyekan pada guru die bagaimana kita nak tahu jodoh kita, dan guru nye suruh die memetik rumput yang paling cantik di padang yang luas... dan jangan kau toleh kebelakang sampai ke hujung padang sehinga kau jumpa sehelai rumput itu...... hmmmm motif aku, moral aku... aku sudah memetik rumput yang aku rasa paling cantik, dan aku takan toleh kemana-mana.... dah aku akan pegang pada rumput itu... rumput yang kini telah pun berbunga telahpun menerima aku.... dan kami wujudkan pehubungan ini kerana Allah.... InsyaAllah....