Jom Kira

Tuesday, December 6, 2016

Tulang Rusuk



Assalamualaikum...

Kat mana nak mula ni?... tadi, rasa macam banyak nak bercerita dalam ni... bila pegang keyboard jer hilang... Oh! yer baru2 ni The FROTLS buat video clip... hahahha.. die org guna khidmat Jalot, mamat ni media work die memang terbaik, kira bole puashati lah hasil kerja die, even zaman aku belajar dulu ade assignment yang memerlukan grafic or media work aku akan mintak tolong dari die.... hahahaha.. nanti aku share link video clip The FROTLS kat bawah... Oh yer kalau perasan muka aku takde dalam vid tuh... hahaha bukan ape, kalau bole aku prefer belakang tabir jer... cuma intrest aku dalam project "The FROTLS" just for the part of composing, arrangement of music and recording... em performing infront of live audiance ... emmm bole consider lagi lah walaupun ade perasaan takut dalam diri aku ni... hahhaa... tapi bab2 publicity aku serah kat leader kami.. vid clip ker, interview ker, biografi ker... itu leader kami memng intu it... I'm here for the artistic value and passion for art works.... susah nak faham benda ni, walaupun leader kami tu ade degree in fine arts hahahahha...(just a joke)....

Aku bukan nak kondem band sendiri, tanpa die org tak jadi project "The FROTLS" ni... yes! aku faham kena ade pengorbanan... kekadang gaduh sesama sendiri kena mengalah gak... ape aku nak kata kat sini kerja dalam group kena ade tolak-ansur... masing2 kena faham part masing2 lah kan... aku cuma ade assumption pada band members kami (assumption is the mother of all problem) hehehe... macam bassist kami, he's the mucsle of the band, pumping the bass guitar keeping a consistent beat... drummer kami plak is the heart of the band, beating the drumbeat keeping our blood flow going... our vocalist is the backbone (vertebrate) of the band. a man with a mission and vision the leader of the band... and finally me in the corner, the side-man, dimana hasil karyanye tak di-acknowledge (tak kesah pun ikhlas).. I put my self as the ribs of the band, attached to the backbone, covering the heart and holding up the mucsle... !!!! 

Aku ke-kadang macam rasa tak senang, aku cuma nak faham.. dengan kematangan aku ni aku rasa aku bole jer nak bersuara pasal sesetengah perkara... nak citer industry music... sape aku ni... hahhaha... tapi memang skang banyak dah berubah... aku penah tengok satu rancangan ni dihoskan oleh Rosyam Nor, tetamu dia Edry Hashim, pastu editor majalah ROTTW (tak ingat nama) and guitarist Love me Butch... topic dibincangkan "band indie lebih luar biasa" aku tertarik dengan statement guitarist love me butch ni... die kata indie band punya hasil kerja eleminates the middle man... org tengah ni adalah syarikat rakaman yang pada zaman dahulu yang keluarkan duit dan bagi tahu artis lagu ape ko boleh nyanyi and lagu ape ko tak bole nyanyi.....statement ni 15 tahun lepas... tengok zaman skang... jangan cakap indie band... mainstream artis pun skang kena keluarkan duit sendiri untuk rakam singgles... sebab nak rakam album mahal gila...heheehe.... syarikat rakam dah tak relevent skang... lagi2 dengan dunia digital skang ni... nak buat rakaman skang semua dalam digital... 

Aku rasa macam nak cerita pasal the strugle of indie bands... tapi maybe next time lah.. dah banyak aku coretkan kat posting yang ni... ok, sehinga kita jumpa lagi... bye...


No comments: