Jom Kira

Tuesday, July 10, 2012

Selamat tinggal UMTECH, Selamat datang NUC

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas... dan buat masa ni aku diberi nafas baru di dunia yang baru dalam alam pekerjaan yang baru... walaupun aku sayang tinggalkan tempat lama.... tapi perjalanan alam pekerjaan aku harus diteruskan... Aku tak lari jauh pun dalam bidang ape yang aku ceburi... kerana bidang ini telah terpahat dalam hati aku... rezeki makan minum aku cuma dalam bidang ini sajalah.... jangan sape2 cuba nak perdaya aku dengan MLM yang hanya membawa kepada penipuan dan memutuskan persahabatan, itu saja bidang yg aku pantang ceburi dan aku tak percaya.... ko nak jadi jutawan ko punye pasal... biar aku hidup sederhana...

Buat masa ni aku rindukan dapur lama di block C (LCS), aku rindukan kakak2 aku di pejabat, aku rindukan anak murid aku yang mejoritinya berbangsa melayu, dan aku rindukan masa terluang aku, aku rindukan perjalanan pendek ke pejabat, aku rindukan membayar hanya satu toll, aku juga rindukan teman2 berasap aku di tangga, aku rindukan orang memaksa aku tuk buat thesis, aku rindukan cafe FHTM yang tidak pernah ade penyelesaian, aku rindukan cubicle 6 darab 6 aku... aku rindukan minum pagi di restoren atiqah, aku rindukan tengok wayang di subang parade, aku rindukan student portal "SMS", aku rindu HRIS/HRMS untuk clock in dan clock out hanya di PC... aku rindukan menungu lift untuk naik ke tingkat 9, aku rindukan parking kereta di basement P2B3, aku rindukan jam di lebuh raya persekutuan..... ah!....

Sekarang, aku tak menghadapi jam, aku cuma perlu ambil masa 45min untuk ke pejabat, aku cuma perlu naik tangga ke tingkat 1 nak masuk pejabat, aku kena clock in dan clock out mengunakan ID card di block A, aku kena terima barang dan keluarkan barang sendiri untuk kelas dapur, aku ade kawan2 yg sebaya ngan aku, aku bole minnum pagi di kantin, aku berasap sorang2 ditandas, aku bole berlatih bahasa ingeris aku... aku ade banyak anak murid antarabagsa... aku lebih selesa mengunakan laptop, aku parking takde bumbung, aku bekerja dalam kawasan campus, alam sekitar disini kehijauan... aku bole hirup udara segar... aku  kerja kurang dari 9 jam... kelas dapur aku sekarang 6 jam, aku... aku... aku... aku dah tak berdengkur lagi dah... aku.. aku.. aku... huh... berapa banyak aku da!..... aku nak buat kerja....


SELAMAT TINGGAL KENANGAN.

Hampir seabad lamanya ku berada disini
sudah terlalu lama
ingin rasanya berhijrah
lari dari segala keresahan
yang sering bermain difikiran.

Ingin aku pergi jauh
jauh darimu
jauh dari semua pandangan
jauh dari kekusutan
kerana disini
semuanya telah musnah
tinggalnya hanya sisa-sisa kenangan
yang membuat jiwaku merana.

Disini jua....
telah mendewasakan aku
telah mematangkan aku
bahawa kasih sayang sebenarnya
tidak boleh diperdagangkan
ianya lahir dari jiwa yang kudus
selamat tinggal kenangan
akan kuabadikan sampai bila-bila.

No comments: