Jom Kira

Friday, September 20, 2013

"Mama Pinky B"



Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer pasal tabiat merokok aku, yer aku masih merokok, dalam masa yang sama aku cuba mengurangkan tabiat aku... So aku jumpa alternatif baru untuk mengatasi tabiat aku ini... nama nye VAPE... macam2 org pangil e-cigarette la rokok elektronik lah.... bagi aku senang aku pangil vape, short form kepada vapor, "In vapor we trust" hehehehe..... ok mod yang aku guna dalam vid ni adelah KTS telescopic storm dan tank yang aku guna adelah RDA mini drip tank, memang conbinasi yang mantap, manakala liquid atau flavor yang aku ketagih buat masa ni adelah "mama pinky" dan juga "B-ice"...
Aku bukan nak promosi supaya org ramai isap vape... tapi aku nak tunjukan usaha aku untuk berhenti dari tabiat buruk merokok aku.... sekian.


 

Monday, July 8, 2013

Ramadhan.

 

Assalamualaikum...
 

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah: 183)




Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA…



 

Thursday, July 4, 2013

Semua akan baik-baik saja...



 Assalamualaikum... 

 Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah,

Biar aku mulakan coretan aku ini dengan meminta maaf kepada dunia kerana lama mengabaikan satu-satu nye karya aku di alam sesawang ini... bukan aku tidak mahu berkarya lagi, cuma kebelakangan ini aku kekurangan inspirasi... aku sering membuka blog aku dan click pada button "new post" dan bila aku mahu menekan papan kekunci ini ade saja halangan dan dugaan... serba kekurangan... hmmm entah2 takde sape yg peduli pun... biarlah.. asalkan aku saja yg puas hati dengan coretan aku yg prosa classic bahasa nye agak tunggang langang... Alhamdulillah... 

Hari ini, aku cuba kuatkan semangat aku untuk mencoretkan sesuatu yang indah... namun, aku masih tak mampu... tapi dalam kegelapan dan kekurangan aku ini, dalam tidak sedar ade cahaya bagai lilin yang agak malap sedikit dan mampu menerangi hidup aku.... hahaha... ape bahasa aku guna kan ni... entah lah... macam ni lah, biar aku ingatkan satu cerita yang sering kawan aku gunakan terhadap aku... kesah "seorang budak yg berada di padang yang luas" ala yang budak tu tanyekan pada guru die bagaimana kita nak tahu jodoh kita, dan guru nye suruh die memetik rumput yang paling cantik di padang yang luas... dan jangan kau toleh kebelakang sampai ke hujung padang sehinga kau jumpa sehelai rumput itu...... hmmmm motif aku, moral aku... aku sudah memetik rumput yang aku rasa paling cantik, dan aku takan toleh kemana-mana.... dah aku akan pegang pada rumput itu... rumput yang kini telah pun berbunga telahpun menerima aku.... dan kami wujudkan pehubungan ini kerana Allah.... InsyaAllah....