Jom Kira

Monday, November 30, 2009

Kesunyian....



Assalamualaikum...

Aku just nak share satu keadaan yg kekadang aku pun rasa pelik. Sebagai seorang pensyarah, biasanya di sebuah institusi pengajian tinggi penuh dengan pelajar. Dalam masa yg sama keadaan yg riuh ini terdapat di setiap sudut institusi pengajian tinggi ini. Kerana disetiap penjuru penuh dengan pelajar, dan ditambah pula dengan jadual waktu aku yang padat dengan kelas... kekadang tuh terasa paning dan rimas dengan keriuhan, dan kepadatan pelajar di setiap sudut institusi ini... hehehe .... tapi........ yang pelik nye... dikala mereka cuti, tetiba terasa cam nape lah die org cuti, kesunyian mula terasa. Pagi tadi aku buka pintu lot 29 tingkat 3 kelana mall... rasa seperti serba kekurangan... biasanye penuh pelajar beratur didepan meja sheikh yazid ni.... dan bila waktu lunch aku turun gi retaurant Atikah... dah aku agak dah... kosong, brader yg jaga counter tu pun mampu tersengih jer... hahaha... tu ja lah kot yg aku nak kongsi ari ni....

Friday, November 13, 2009

Niece and Nephew

Assalamualaikum

Hari ni hari Jumaat... Khutbah jumaat hari ni berkesahkan Kekeluargaan, kenapa Islam mengalakan seorang Muslim hidup berkeluarga... bila dgr jer khutbah tuh terlintas difikiran aku dan aku bersyukur kerana kesenangan yg diberi oleh Allah pada keluarga aku
-Alhamdulillah-


*Afia -cute-*

Tetiba jer perasaan rindu aku pada anak saudara aku membuak hehehe, kalau org utara cakap anak menakan, kalau org selatan kata anak buah, dan kalau belah kampung mak aku kata anok sdagho... hehe ape2 pun maksud nye sama (anak kepada saudara sedarah sedaging ku). Ni aku nak citer sikit pasal anak sdgho aku, aku ade 3 anak buah semua nye comel2 dan buat aku geramjer kalau nak bergurau ngan die org.

Yang paling tua Aliya Irdina Bt Abdul Hadi, die ni memang ade sifat seorang kakak, selalu fikir kan pasal adik die, kalau dapat coklat mesti nak share ngan adik die hehehe. Yang 2nd one ialah Afia Insyira Bt Abdul Hadi, yg ni memang nakal (paling cute) kalau dapat something punyalah kedekut hehe sian kat kakak die, and yg paling last cucu lelaki sulung ayah aku Ayash Bin Mus'ab, masa adik aku bagi tau nama die "Ayash" semua cam pelik jer tak penah dgr nama tuh, tapi last2 lekat gak nama tu hehehe.

Kekadang tuh memang aku stand by gula2 kat bilik aku, so kalau die org datang jer, mesti die org nak cari Pak ngah die org hehehe... kalau gula2 aku abis.. terus die org menyombong ngan aku hehehehe kawan ade sebab... budak2 kan...


*Alia and Afia*



*kakak Alia*



*Ayash kecoh nak naik kete arnab*

Tapi itu lah die, ni yg aku nak luahkan rasa rindu aku... semua ank buah aku dah takde... semua pegi merantau jauh, tingal Pak Ngah die kesunyian kat Malaysia ni... abang and adik aku (ab) dua2 tengah further study die org kat oversea, and dieorg bawak anak2 buah aku... maybe lagi 4 ke 5 tahun aku akan jumpa die org... by that time mesti die org dah besar... silap2 ade anak buah baru... harap2 Alia, Afia, and Ayash tak lupa Pak Ngah kat Malaysia ni...

Thursday, November 12, 2009

Keikhlasan...




Assalamualaikum

Hari ni, 12 November 2009. Aku nak kongsi pada musim manusia mengawan ni, hehe... ups sorry, bukan ape bulan November ni la ramai rakan, kawan, dan sahabat aku menamatkan zaman bujang mereka. Kekadang tuh tak sangka pun, contohnye Epai, Jalot, Pak Wan, Dek jat, dan Bebek pun dah kawen. dengar2 citer Wak dah kawen dua (2) memang hebat.. yang aku ni asyik gi kenduri jer... memang lah seronok tengok kawan kite menjadi raja sehari, kekadang tuh teringin gak nak bepakaian baju melayu putih, bersampin songkit dan bertanjak... persoalan "bila turn ko plak?" selalu diajukan padaku... hmm Mungkin seru aku belum sampai lagi, InsyaAllah...

Tengah2 aku berkhayal, sambil melayari FaceBook, aku terserempak dgn kata2 yg aku letak kat atas ni, setelah membaca ayat itu fikiran aku yg khayal tadi tiba2 menjadi lurus dan rational. Ayatnye mudah, baris nye tersusun cantik dan ertinye sungguh mendalam. Yang paling membuat mata aku celik bila aku dapat tahu manusia yg menulis ayat itu; adelah seorang perempuan yg cukup menawan. aku tertarik dengan personaliti dan picture yg di postkan di laman FB die... tapi ape kan daya cuma FB yg menghubung kan antara aku dan die... 'aik'... ok berbalik pada ayat diatas... memang benar, aku pun inginkan benda yg sama iaitu "keikhlasan", dalam dunia ni ramai yg ikhlas tapi adekah mereka pandai menghagai nye? cuma manusia yg pandai menghargai nye sahaja yg akan menerima keikhlasan aku juga...

kat sini aku nak selitkan juga pandangan aku... sebelom tu aku nak petik satu ayat yang terdapat dalam drama bersiri "Nur Kasih" dalam episode 3, apa bila selepas ayah Aidil sudah menghantar rombongan meminang untuk Nur Amina, dan Aidil terkejut bila tahu rombongan tu untuk Adam bukan untuk Aidil. sciene ni memang naik bulu roma aku, waktu tu ayah Aidil memberi tahu "Aidil ayah tak perlu risau dah, tapi Adam semakin hari semakin hanyut. Dia perlukan bimbingan seorang isteri seperti 'Siti Khadijah'"... fuhh... mungkin aku nak cuba kaitkan dengan diri aku ni... mungkin aku khayal dalam dunia aku sendiri. tapi aku nak bagi tahu yang mungkin aku belom jumpa 'Siti Khadijah' aku lagi...