Jom Kira

Thursday, November 12, 2009

Keikhlasan...




Assalamualaikum

Hari ni, 12 November 2009. Aku nak kongsi pada musim manusia mengawan ni, hehe... ups sorry, bukan ape bulan November ni la ramai rakan, kawan, dan sahabat aku menamatkan zaman bujang mereka. Kekadang tuh tak sangka pun, contohnye Epai, Jalot, Pak Wan, Dek jat, dan Bebek pun dah kawen. dengar2 citer Wak dah kawen dua (2) memang hebat.. yang aku ni asyik gi kenduri jer... memang lah seronok tengok kawan kite menjadi raja sehari, kekadang tuh teringin gak nak bepakaian baju melayu putih, bersampin songkit dan bertanjak... persoalan "bila turn ko plak?" selalu diajukan padaku... hmm Mungkin seru aku belum sampai lagi, InsyaAllah...

Tengah2 aku berkhayal, sambil melayari FaceBook, aku terserempak dgn kata2 yg aku letak kat atas ni, setelah membaca ayat itu fikiran aku yg khayal tadi tiba2 menjadi lurus dan rational. Ayatnye mudah, baris nye tersusun cantik dan ertinye sungguh mendalam. Yang paling membuat mata aku celik bila aku dapat tahu manusia yg menulis ayat itu; adelah seorang perempuan yg cukup menawan. aku tertarik dengan personaliti dan picture yg di postkan di laman FB die... tapi ape kan daya cuma FB yg menghubung kan antara aku dan die... 'aik'... ok berbalik pada ayat diatas... memang benar, aku pun inginkan benda yg sama iaitu "keikhlasan", dalam dunia ni ramai yg ikhlas tapi adekah mereka pandai menghagai nye? cuma manusia yg pandai menghargai nye sahaja yg akan menerima keikhlasan aku juga...

kat sini aku nak selitkan juga pandangan aku... sebelom tu aku nak petik satu ayat yang terdapat dalam drama bersiri "Nur Kasih" dalam episode 3, apa bila selepas ayah Aidil sudah menghantar rombongan meminang untuk Nur Amina, dan Aidil terkejut bila tahu rombongan tu untuk Adam bukan untuk Aidil. sciene ni memang naik bulu roma aku, waktu tu ayah Aidil memberi tahu "Aidil ayah tak perlu risau dah, tapi Adam semakin hari semakin hanyut. Dia perlukan bimbingan seorang isteri seperti 'Siti Khadijah'"... fuhh... mungkin aku nak cuba kaitkan dengan diri aku ni... mungkin aku khayal dalam dunia aku sendiri. tapi aku nak bagi tahu yang mungkin aku belom jumpa 'Siti Khadijah' aku lagi...

4 comments:

e.p said...

" Yang paling membuat mata aku celik bila aku dapat tahu manusia yg menulis ayat itu; adelah seorang perempuan yg cukup menawan. aku tertarik dengan personaliti dan picture yg di postkan di laman FB die... tapi ape kan daya cuma FB yg menghubung kan antara aku dan die... 'aik'..."

weh, sape minah ni?

chefzyco said...

ala.. tak perlu tahu... takde pape pun ngan die... die pon tak sedar kewujudan aku..... aku just nak share ape yg die tulis jer... no other intention...

Unknown said...

insyaallah... u'll find ur "siti khadijah"

pwincess AJA said...

insyallah suatu hari nanti sir mesti jumpa 'siti khadijah' sir...
jodoh maut di tangan ALLAH S.W.T.
doa yang terbaik,pasti ALLAH beri yang terbaik.:)))