Jom Kira

Sunday, May 30, 2010

Pengorbanan Siti Hajar....


Assalamualaikum...

Secebis kisah sebagai tazkirah ...semoga mampu menjadikannya bukan sekadar satu bacaan...tetapi satu motivasi untuk sama-sama kita hayati dan diamalkan..Insya Allah...

NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.

Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.

Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.

Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.
 

Friday, May 28, 2010

Rakan DCT 98

Assalamualaikum...

Hari ni aaku nak kongsi satu puisi yang telah di coretkan oleh salah seorang sahabat seperjuangan aku sewaktu aku buat diploma dulu...
DCT 98,
Setiap saat itu merupakan 1 perjalanan,
Setiap kejayaan itu merupakan satu pengalaman,
Setiap kegagalan itu merupakan satu pengajaran,
Tidak akan ada perjalanan tanpa pengalaman dan pelajaran yang dibawa oleh kita,
Dahulunya kita hanyalah insan yang datang ke kota untuk menimba ilmu,
Tapi kini kita diantara golongan yang memberi sumbangan pada pembangunan pada Negara kita,
Dahulunya kita belajar mengenali diantara satu sama lain,
Tapi kini kita mula belajar mengenali pasangan dan ahli keluarga baru rakan-rakan kita…..

DCT 98,
Selangkah kita kehadapan bererti mengharungi seribu kemungkinan,
Adalah mudah untuk kita berputus Asa,
Tetapi meneruskan usaha menyelesaikan sesuatu perkara yang sudah kita mulakan adalah perjuangan mutlak pada diri kita….

DCT 98,
Rakan-rakanku bukan kecil orangnya,
Rakan-rakanku bukan penakut orangnya,
Rakan-rakanku bukan sombong orangnya,
Rakan-rakanku adalah golongan orang-orang yang disegani,
Malah lebih dari itu mereka adalah golongan yang menghormati sesama sendiri,
Hinggakan ada kalanya mereka lupa akan kepentingan diri mereka sendiri,
Ini kerana hati dan perasaan rakan-rakan amatlah dijaga agar tidak terguris….

DCT 98,
Hargailah masa yang masih ada ini,
Manfaatkan masa ini untuk bersama Ahli keluarga kita,
Manfaatkan masa ini untuk menghargai kenangan lalu,
Manfaatkan masa ini untuk memperbetulkan kesilapan lalu
Manfaatkanya agar kita semua dapat merasai nikmat mempunyai sebuah persahabatan……


Sekian,
Khairul Anwar Abdul Manan
Dct 98 - 2001


 

Wednesday, May 19, 2010

Kosong


Assalamualaikum... 

Alhamdulillah.... tahap kerja aku hampir selesai untuk semester Jan2010 ni... aku masih dalam process mengadaptasikan theoretical framework aku kedalam bentuk tulisan, sementara aku tengah cuti sem sekarang ni... hmmm kehidupan aku normal... bangun pagi.. pergi kerja.... balik then famili time kat umah.. menoton TV sebelom aku masuk ke kamar aku untuk tidur... tak lupa solat 5 waktu aku... dan laluan routine hidup aku ni berulang2 semenjak dua menjak ni, tanpa ade kelainan atau kejutan dalam hidup aku, aku rasa serba kekurangan.... aku tak tau punca die dari mana... 
Aku cuba selami diri aku, dan aku dapat tahu yang diri aku ni KOSONG

  

Monday, May 10, 2010

Remote Control...


Assalamualaikum...

Hmmm entah ape nak tulis aku pun tak tau... tapi last weekend aku gi satu tempat ni kat Glenmeri Shah Alam... tak tau plak ade tempat camni kat Shah Alam... tapi seronok ah... elok dijadikan hobi untuk sesape yang berminat... tapi bila aku tanye pengemar hobi remote control (RC) bape harga sebijik RC ni... hmm terus aku rasa hobi ni tak sesuai ngan aku kot hehehehe... takpe lah...

Aku ade amik kesempatan untuk mengambil a few snaps, what is going on on the location... so just enjoy the views....




Monday, May 3, 2010

Ip Man 2


  Assalamualaikum...

Aku ni bukan lah peminat Chinese movie, tapi musim2 releks ni... aku senang terpengaruh ngan kengkawan... so one day my office mate ajak tgk citer ni Ip Man 2, aku dah lah tak tgk yang part 1 nye, tapi cara office mate aku citer tuh terus aku dapat capture sedikit sebanyak ah jalan citer die... so end up tengok gak ah... ok lah cerite die, fighting scene agak menarik... lagi pun watak Donnie Yen ni memang style....

Movie ni base on a true story of Grand Master Eep Man... merupakan Sifu Kung Fu Wing Chun... dan salah seorang anak murid nye adelah Bruce Lee... sebab tuh cite ni dapat sambutan ramai kowt... tapi kalau sape tanye aku pasal movie ni mesti aku suggest gi tgk nye.... memang worth the money you spend ah... hehehehe





Sunday, May 2, 2010

www.kemanakorangmenghilang.com

Picture ni diambil dalam terowong bawah Karak highway, perjalanan ke Sg. Pisang

Assalamualaikum...

Dah pun bulan Mei 2010, aku dah abis exam... sem kedua aku belajar dah pun selesai,  tinggal nak tunggu result je skang, kelas aku mengajar pun alhamdulillah dah selesai juga, tinggal nak key in markah bebudak jer... hmm banyak masa lagi, hehehe. Bulan Mei ni merupakan bulan yang agak releks kot, entah lah... releks tapi bila aku renung balik, nak releks ngan sape? sengsorang jelah... Post ni tercetus dalam akal fikiran aku bila ade salah seorang sahabat aku post satu video kat FB, die menyoalkan kemana hilang sahabat2 kami semua... bila pikirkan balik tu lah, "berkawan biar beribu berkasih biar satu", hmmm ape maksud pepatah tuh pun tak abis kaji lagi huh!..... Aku ni ade ramai kawan... tapi yg aku klasifikasi sebagai sahabat ni ade lah beberapa org, antara mereka ni aku pernah berkongsi kegembiraan bersama, dan pernah juga gaduh ngan die org ni, tapi sedikit sebanyak sebenarnye aku banyak belajar dari die org ni, aku taknak buruk sangka atau menceritakan yang negetive tentang sahabat aku ni, kalau bole aku cuba coretkan perkara positive tentang sahabat aku ni, antara nye adelah seperti berikut... hahaha cam jawab soalan essay plak....


Shahrul Effendi
(Epi)
Married

Yang ni epi, sudah berumahtanga... die ni sahabat aku yang aku senang berbincang, perkara yang dibincang selalu bersifat pemikiran yang tinggi, (academic dan islamic)  walaupun dulu sikap die berlainan, tapi banyak lah yang die berubah, kelakar org nye hahaha... sahabat aku ni banayak mengajar aku erti kesabaran, kejujuran dan ketenangan, jangan takut dengan kebenaran...



Mohd Radzi
(Katique)
Married

Yang ni katik sudah berumahtanga... die ni seorang lagi sahabat aku yang senang berbincang, tapi issue berbesza lebih kepada duniawi dan bersifat modern, tak banyak berubah, aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti perwatakan manusia, jangan takut dengan bayangan kite sendiri...




Mohd Norbadlishah
(Bad)
Married

Yang ni Bad, sudah berumahtanga... sahabat aku yang bila die bercakap aku dengar jer... aku belajar main guitar dengan die lah, sebab dulu aku tinggal dekat ngan umah die, sahabat aku ni aku banyak belajar erti sifat merendah diri, jangan angkuh, be humble... tapi aku respect dengan kejayaan die skang....



Lotfi Huzaini
(Jalot)
Married

Yang ni sahabat aku yang terawal aku kenal time aku pindah Shah Alam, sudah berumahtanga.... die ni ceria, senang berbincang, suka menolong orang lain. bersifat opportunist.. aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti mencapai peluang yang ade, capai ape yang tercapai, dan jangan mudah putus asa......



Mohd Ridwan
(Iwan)
Married

Yang ni sahabat aku yang banayak menolong menguruskan hal2 kerata merah aku... seorang salesman kereta yang berjaya... suka menolong orang lain, senang berbincang, especially kalau borak pasal EPL ok lah knowledge die... aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti  pegang pada janji, janagn berkira, "be a man of your words"...



Firdaus
(Talib)
Married

Yang ni talib sudah berumahtanga.... juga senang berbincang, seorang yang positive thinking, always think about the future.. aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti pengurusan diri, cintai diri sendiri sebelum mencitai orang lain... hehehe satu yang kesian die ni, "what ever the wife says is always right" hehehe pengajaran yang ni aku tak boleh apply lagi hehehehe...



Ahmad Affendi
(Ah Punk)
Married

Ynag ni Ah Punk, sudah berumah tanaga... perwatakan ceria, kekadang sensetive, business minded, selalau gak ajak aku join venture... aku banayak belajar ngan sahabat aku ni erti kepercayaan terhadap rakan sekeliling kite, trust and respect our friends....





Andaq Fitri
(Andaq)
In a Relationship

Yang ni Andaq, masih bujang... orang nye pendiam tapi kelakar, kira die ni diam2 berisi ah... ceria, ade jer bahan laawak die walaupun situasi tak lawak die boleh jadikan lawak.... suka buat orang ketawa hahahaha.... aku banayak belajar dengan sahabat aku ni erti adab, hormat orang tua, horamat kaum wanita, hormat rakan sebaya... hmmm die ni memang pak lawak ah... hahaha




Mohd Izzat
(Dekjat)
Married

Yang ni saudara Ijat, sudah berumahtanga... die ni serius org nye, banyak bertanya, suka berjimat, mengambil berat hal pemakanan die... aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti tabah, cara mengayakan diri, dan menilai wanita yang menarik atau yang tertarik, mebezakan intan atau berlian... hehehe




Mohd Sadika
(Dika)
Married

Yanag ni Dika, sudah berumahtanga.... aktive, futsal, painball, MTB... fit lah orang nye...tapi baru2 ni die banyak kali masuk hospital kesian kat sahabat aku ni.... aku banyak belajar dari sahabat aku ni erti kesungguhan atau kegigihan, walaupun apa jua halangan kita harus yakin dengan diri sendiri....




Azrul Feizal
(Deknon)
Married

Yang ni Deknon juga sudah berumahtanga.... orang nye pendiam, tapi bila tanye ade jer jawapan die umpama die tahu segala... hmmm aku banyak belajar dari sahabat aku ni erti kejujuran, sepandai-pandai tupai melompat akhir nye jatuh ketanah juga... tak perlu malu dengan diri sendiri atau rasa tercabar dengan kejayaan orang lain, rezeki masing2....



Mohd Firdaus
(Bebek)
Married

Dan yang ni bebek, sahabat aku yang lama menghilang, juga sudah berumahtanga.... bersuara lantang, sound orang depan2 umpama mulut takde insurance hehehe., pendidikan die cuma SPM sahaja (bukan nak menhina).... aku banyak belajar dari sahabat aku ni erti perjuangan hidup, walaupun tanpa pendidikian seseorang individu itu juga boleh bejaya....