Jom Kira

Friday, May 28, 2010

Rakan DCT 98

Assalamualaikum...

Hari ni aaku nak kongsi satu puisi yang telah di coretkan oleh salah seorang sahabat seperjuangan aku sewaktu aku buat diploma dulu...
DCT 98,
Setiap saat itu merupakan 1 perjalanan,
Setiap kejayaan itu merupakan satu pengalaman,
Setiap kegagalan itu merupakan satu pengajaran,
Tidak akan ada perjalanan tanpa pengalaman dan pelajaran yang dibawa oleh kita,
Dahulunya kita hanyalah insan yang datang ke kota untuk menimba ilmu,
Tapi kini kita diantara golongan yang memberi sumbangan pada pembangunan pada Negara kita,
Dahulunya kita belajar mengenali diantara satu sama lain,
Tapi kini kita mula belajar mengenali pasangan dan ahli keluarga baru rakan-rakan kita…..

DCT 98,
Selangkah kita kehadapan bererti mengharungi seribu kemungkinan,
Adalah mudah untuk kita berputus Asa,
Tetapi meneruskan usaha menyelesaikan sesuatu perkara yang sudah kita mulakan adalah perjuangan mutlak pada diri kita….

DCT 98,
Rakan-rakanku bukan kecil orangnya,
Rakan-rakanku bukan penakut orangnya,
Rakan-rakanku bukan sombong orangnya,
Rakan-rakanku adalah golongan orang-orang yang disegani,
Malah lebih dari itu mereka adalah golongan yang menghormati sesama sendiri,
Hinggakan ada kalanya mereka lupa akan kepentingan diri mereka sendiri,
Ini kerana hati dan perasaan rakan-rakan amatlah dijaga agar tidak terguris….

DCT 98,
Hargailah masa yang masih ada ini,
Manfaatkan masa ini untuk bersama Ahli keluarga kita,
Manfaatkan masa ini untuk menghargai kenangan lalu,
Manfaatkan masa ini untuk memperbetulkan kesilapan lalu
Manfaatkanya agar kita semua dapat merasai nikmat mempunyai sebuah persahabatan……


Sekian,
Khairul Anwar Abdul Manan
Dct 98 - 2001


 

No comments: