Jom Kira

Sunday, May 2, 2010

www.kemanakorangmenghilang.com

Picture ni diambil dalam terowong bawah Karak highway, perjalanan ke Sg. Pisang

Assalamualaikum...

Dah pun bulan Mei 2010, aku dah abis exam... sem kedua aku belajar dah pun selesai,  tinggal nak tunggu result je skang, kelas aku mengajar pun alhamdulillah dah selesai juga, tinggal nak key in markah bebudak jer... hmm banyak masa lagi, hehehe. Bulan Mei ni merupakan bulan yang agak releks kot, entah lah... releks tapi bila aku renung balik, nak releks ngan sape? sengsorang jelah... Post ni tercetus dalam akal fikiran aku bila ade salah seorang sahabat aku post satu video kat FB, die menyoalkan kemana hilang sahabat2 kami semua... bila pikirkan balik tu lah, "berkawan biar beribu berkasih biar satu", hmmm ape maksud pepatah tuh pun tak abis kaji lagi huh!..... Aku ni ade ramai kawan... tapi yg aku klasifikasi sebagai sahabat ni ade lah beberapa org, antara mereka ni aku pernah berkongsi kegembiraan bersama, dan pernah juga gaduh ngan die org ni, tapi sedikit sebanyak sebenarnye aku banyak belajar dari die org ni, aku taknak buruk sangka atau menceritakan yang negetive tentang sahabat aku ni, kalau bole aku cuba coretkan perkara positive tentang sahabat aku ni, antara nye adelah seperti berikut... hahaha cam jawab soalan essay plak....


Shahrul Effendi
(Epi)
Married

Yang ni epi, sudah berumahtanga... die ni sahabat aku yang aku senang berbincang, perkara yang dibincang selalu bersifat pemikiran yang tinggi, (academic dan islamic)  walaupun dulu sikap die berlainan, tapi banyak lah yang die berubah, kelakar org nye hahaha... sahabat aku ni banayak mengajar aku erti kesabaran, kejujuran dan ketenangan, jangan takut dengan kebenaran...



Mohd Radzi
(Katique)
Married

Yang ni katik sudah berumahtanga... die ni seorang lagi sahabat aku yang senang berbincang, tapi issue berbesza lebih kepada duniawi dan bersifat modern, tak banyak berubah, aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti perwatakan manusia, jangan takut dengan bayangan kite sendiri...




Mohd Norbadlishah
(Bad)
Married

Yang ni Bad, sudah berumahtanga... sahabat aku yang bila die bercakap aku dengar jer... aku belajar main guitar dengan die lah, sebab dulu aku tinggal dekat ngan umah die, sahabat aku ni aku banyak belajar erti sifat merendah diri, jangan angkuh, be humble... tapi aku respect dengan kejayaan die skang....



Lotfi Huzaini
(Jalot)
Married

Yang ni sahabat aku yang terawal aku kenal time aku pindah Shah Alam, sudah berumahtanga.... die ni ceria, senang berbincang, suka menolong orang lain. bersifat opportunist.. aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti mencapai peluang yang ade, capai ape yang tercapai, dan jangan mudah putus asa......



Mohd Ridwan
(Iwan)
Married

Yang ni sahabat aku yang banayak menolong menguruskan hal2 kerata merah aku... seorang salesman kereta yang berjaya... suka menolong orang lain, senang berbincang, especially kalau borak pasal EPL ok lah knowledge die... aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti  pegang pada janji, janagn berkira, "be a man of your words"...



Firdaus
(Talib)
Married

Yang ni talib sudah berumahtanga.... juga senang berbincang, seorang yang positive thinking, always think about the future.. aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti pengurusan diri, cintai diri sendiri sebelum mencitai orang lain... hehehe satu yang kesian die ni, "what ever the wife says is always right" hehehe pengajaran yang ni aku tak boleh apply lagi hehehehe...



Ahmad Affendi
(Ah Punk)
Married

Ynag ni Ah Punk, sudah berumah tanaga... perwatakan ceria, kekadang sensetive, business minded, selalau gak ajak aku join venture... aku banayak belajar ngan sahabat aku ni erti kepercayaan terhadap rakan sekeliling kite, trust and respect our friends....





Andaq Fitri
(Andaq)
In a Relationship

Yang ni Andaq, masih bujang... orang nye pendiam tapi kelakar, kira die ni diam2 berisi ah... ceria, ade jer bahan laawak die walaupun situasi tak lawak die boleh jadikan lawak.... suka buat orang ketawa hahahaha.... aku banayak belajar dengan sahabat aku ni erti adab, hormat orang tua, horamat kaum wanita, hormat rakan sebaya... hmmm die ni memang pak lawak ah... hahaha




Mohd Izzat
(Dekjat)
Married

Yang ni saudara Ijat, sudah berumahtanga... die ni serius org nye, banyak bertanya, suka berjimat, mengambil berat hal pemakanan die... aku banyak belajar dengan sahabat aku ni erti tabah, cara mengayakan diri, dan menilai wanita yang menarik atau yang tertarik, mebezakan intan atau berlian... hehehe




Mohd Sadika
(Dika)
Married

Yanag ni Dika, sudah berumahtanga.... aktive, futsal, painball, MTB... fit lah orang nye...tapi baru2 ni die banyak kali masuk hospital kesian kat sahabat aku ni.... aku banyak belajar dari sahabat aku ni erti kesungguhan atau kegigihan, walaupun apa jua halangan kita harus yakin dengan diri sendiri....




Azrul Feizal
(Deknon)
Married

Yang ni Deknon juga sudah berumahtanga.... orang nye pendiam, tapi bila tanye ade jer jawapan die umpama die tahu segala... hmmm aku banyak belajar dari sahabat aku ni erti kejujuran, sepandai-pandai tupai melompat akhir nye jatuh ketanah juga... tak perlu malu dengan diri sendiri atau rasa tercabar dengan kejayaan orang lain, rezeki masing2....



Mohd Firdaus
(Bebek)
Married

Dan yang ni bebek, sahabat aku yang lama menghilang, juga sudah berumahtanga.... bersuara lantang, sound orang depan2 umpama mulut takde insurance hehehe., pendidikan die cuma SPM sahaja (bukan nak menhina).... aku banyak belajar dari sahabat aku ni erti perjuangan hidup, walaupun tanpa pendidikian seseorang individu itu juga boleh bejaya....




3 comments:

e.p said...

well biar aku komen skit. guys, tak semua yg dia cakap pasal aku kat posting ni tepat. mungkin dia sekadar menjaga hati. ye la kawan aku sendiri, mesti dia komen baik2. kerana orang yang paling tepat memberi komen pasal kita adalah musuh kita sendiri.

"Kalau anda hendak mengetahui diri dan sifat anda yang sebenarnya, bertanyalah pada musuh anda"

pujian hanya akan menjadikan kita riak dan sombong. because aku tak se humble zed ni. ada masa aku terpesong and tergelincir gak. cuma harap dan berdoa semoga dibuka2kan sikit hati ini untuk sentiasa dan terus menilai kesilapan diri sendiri sekerap mungkin. manusia sentiasa melakukan kesilapan dan dosa.

apapun, aku appreciate apa yg dia tulis. this is what friend is for.

chefzyco said...

ep, aku dapat rasakan yg ko akan respond cam tuh lah...

diri aku ni pun banyak kelemahan, segala keburukan korang aku tau, begitu juga keburukan aku korang semua tau... tiada siapa yg sempurna...

it takes me 2 days to compose this posting, and I choose the right words for the right person... ade yg tersirat dan ade yang tersurat...

kekadang teguran boleh menjadi pujian... ikutlah camner mereka nak tafsir... mari kita sama2 berfikir sejenak...

shinzo pikces said...

oi..jgn la sries sgt!
korang buat aku nak nangis la~!! Dem! :(