Jom Kira

Tuesday, March 23, 2010

Kereta Ku warna merah


Assalamualaikum...

Hari ni aku rasa tak sihat, selsama... maybe 2-3 hari ni asyik hujan, and aku asyik mandi tgh malam sebab tu aku selsama kot... hmm aku tak tau ah, rasa cam nak tulis macam2 jer bila click button new post kat blog ni, tapi bila start type jadi benda lain plak... tapi hari ni aku nak stress kan pasal kereta kesayangan aku, cap Malaysia jer, tak mampu lagi nak beli brand lain... tapi kereta aku ni banyak berjasa tuk aku dan org2 disekeliling aku. Aku sayang kereta aku, lelaki mana yg tak sayang kereta kan.. kereta ni umpama kekasih nombor 2 hehehehe aku main cakap jer... ok, kereta aku ni color die warna marron, asalkan merah, maybe aku suka color merah kot... and kat cermin belakang keta aku aku letak sticker Manchester United besar.. so org boleh kenal kereta aku...

Maintenance semua aku jaga, setiap 3 bulan aku mesti service keta aku ni, tapi bab basuh, aku akan antar kedai car wash bila aku rasa dah rimas sangat... aku beli kereta ni tahun 2006 2nd hand ah, keta ni di lahirkan tahun 2001 dalam surat beranak keta ni ah... selama 4 tahun ni kereta aku jarang buat hal... tapi bila masuk tahun kelima aku miliki kereta ni, die dah start buat ragam... akau tak tau nape die jadi cam tuh.. ade org kata, kereta aku ni dah sampai waktu dah, ade org kata plak kereta aku ni merajuk sebab aku dah ade  si "Die" so kerata aku ni jelous.. entah lah, tapi yg pasti aku percaya pada kerata warna merah aku ni lagi....


Pernah lah satu masa, aku usya kereta lain, member aku salesman kereta offer waja tuk aku, harga berpatutan, condition aku tengok ok jer... time nak tunggu approve loan jer, kereta merah aku start meragam, 1st clutch cable putus, then lepas beberapa minggu clip kat clutch plak kena ganti... then clutch plate plak... lepas satu, satu.. kekadang tu naik fedup gak... tapi kesetian tuh masih ade... aku ni pandai nasihat org suruh berfikir secara positive, tapi kekadang tu, aku bersikap negetive gak, secara tak sedar, tapi kalau aku sedar , mesti aku bersikap positivenye... Alhamdulillah....


Baru2 ni terjadi lagi satu kes, bermula dengan hari yg biasa, pagi jumaat, aku ade kelas pagi, that day aku semangat nak gi kelas sebab topic Japanese food, so aku kuar awal, dalam kul 7am, cam biasa dari shah alam ke kelana jaya harus menempuhi Federal highway, memang jam ah.. tapi aku dah lali dgn jam federal highway, nak taknak kena lalu gak... dalam perjalanan tu, tak tau ah kilometer bape kan, engine kerata aku boleh mati plak, aku cuba nak start balik  kereta aku, tapi kereta aku tiada tindak-balas, dah cam silent mode plak.. aku dah start berpeluh2, polis trafik yg jaga trafik dah tiup wisel kearah kereta aku dan memberi arah han supaya cepat jalan.. aku cuma mapu angkat tangan dan mengelengkan tangan aku jer... tanpa membuang masa polis trafik tu pun menghampiri kereta aku, die tanye "kenapa ni encik" aku jawab "tak boleh start", lalu polis trafik tersebut menolak kerata aku sampai ke kawasan selamat, sepaya trafik di federal highway berjalan dengan lancar... so aku nak amik kesempatan ini untuk mengucap terima kasih pada Polis Diraja Malaysia kerana membatu rakyat nye... hehehe. Then tanpa benbuang masa aku start membuat pangilan2 penting, 1st total assist so dieorg leh datang dan jump-start kan kereta aku, then aku call rakan sekerja aku, then  paling penting aku call student aku, and last sekali secretary boss aku... Alhamdulillah, aku sampai ke pejabat jam 9am, aku sempat buat kelas aku cuma rugu 30 minit je lah... 

Ni rupa kerata waja yg aku booking tuh, tapi selepas kejadian tersebut, aku terpaksa cancle kan booking kerata waja ini.... Maybe next time... hehehehehe


No comments: