Jom Kira

Wednesday, February 17, 2010

Dia, Guitar, dan lagu-lagu nye

Assalamualaikum....

Aku kat office, terasa kesunyian memandangkan ramai staff yg bergerak ker kuantan hari ini disebabkan menjalani project research "tourism developement in Kuantan coastal area".. mereka bawa skali budak degree nak jayakan project ni Die ikut skali... aku akan follow hari sbtu ni memandangkan aku ade kelas Toh Poh See and Dr Saleh ari Jumaat and Sabtu ni, aku dah beli tiket bas, so aku gerak malam sabtu jam 11pm.

Dalam masa yang sama budak-budak tengah cuti pertengahan semesta skang ni, so bertambah lagi lah kesunyian ditempat kerja aku ni... segala kerja dan persiapan untuk next week aku dah laksanakan, cuma ade sikit ah (proposal aku tak baca lagi, nanti nak jumpa advisor aku) tapi aku takde mood nak buat proposal dah.. so aku start ah coretkan post ni.

 Guitar and Vocals "Zyco"

Tajuk post ni aku amik sempena status 'Die'... 'Die' penah tulis status ni. kat Face Book 'Die'... mula aku agak confuse gak hehehe mayabe ah betul kot ape yg 'Die' kata tuh... tapi aku ni takde ah obsess sangat dengan guitar aku, aku main pun just sebagai hobi atau mengisi masa lapang aku... aku start main guitar ni dari form 2, time tuh semua member aku kat sekolah main guitar, so aku terpengaruh skali ah... dan kawan yang membingbing aku adelah saudara Norbadlishah.. peh siap bagi nama penuh tuh, aku belajar ngan die pun sebab die ade guitar and rumah kami dekat hehehehe....

 
Drums saudara "Katiques"

Aku ingat lagi dulu, aku tanye mak aku, yang aku nak beli guitar... tapi mak aku marah die kata "buat ape nak beli guitar nak jadi artis ker?" hehehe... tapi itu tak menghalang aku untuk terus berlatih ilmu kesenian aku ni hehehe walau pon aku takde guitar tapi aku akan ambil peluang yg bole setiap kali ade guitar depan mata aku akan aku practice... hehehe dalam masa yg sama benda lain aku buat gak, cam study, mengaji and hal-hal lain ah hehehehe....

  
Bass and Backing Vocals saudara "Andaq" a.k.a. "lipan bara"

Aku beli first guitar aku time aku dah kerja waktu tuh tahun 2004 kot tak silap aku ah... aku beli guitar classical brand yammaha... memang puas hati.. aku ade lagi guitar tuh... then ade tetiba entah dari mana entah banyak pulak guitar kat umah aku hehehehe.... Aku start belajar main guitar dengan lagu-lagu daripada Nirvana, Matellica, Guns n Roses... cam budak2 lain gak, dan expose dengan budak2 cipta lagu sendiri, nak kata aku ni budak undergroud tak ah... aku midleground jer kot hehehehe... Aku ingat lagi time form 5 sibuk nak SPM boleh plak kite org nak rakam "demo" biasa ah time tuh masih muda remaja, darah masih panas... tapi "demo" tuh entah kemana entah.. rakam pakai keset jer time tuh, takde cd lagi... 
ni aku tengah goreng

Aku tak penah masuk kelas musik ke ape ker.. paling kuat pun time skolah rendah kelas musik main recorder jer... tapi maybe aku ni berjiwa seni kot, org yg kata bukan aku yg kata hehehehe... sebab tuh aku rasa puas bila dapat jam dengan member2... tapi aku taknak ah sampai bermain guitar ni menjadi kerjaya aku... sekadar untuk seronok2.. hehehe jiwa dan minat aku lebih pada mengajar dan ilmu pemakanan...

last jamming session 3 piece jer...

Sebenarnye dah lama aku tak berjamming cuma baru-baru ni jer cam baru bergiat balik itu pun atas hasutan rakan sekerja aku yg berkongsi minat yang sama ngan aku, nama die saudara Saf... die main drum, tapi takde picture die... then ngan member2 aku pun secara automatic tetiba nak begiat berjamming balik, aku pun tak tau punca die dari mana.. hehehehe... cuma skang ni kami lebih matang tak cam dulu2 asyik nak gaduh2 jer... skang ni more relex main lagu yang agak steady tak keras sangat... hehehe... sekadar nak berhibur, aku rasa takde salah kat situ....

 
semua picture yg aku post dalam ni di ambil oleh saudara Lutfi.. thanks..


Monday, February 1, 2010

Kakak



Assalamualaikum....

Hari ni aku nak coretkan sedikit tentang keluarga aku yang aku sayang. Aku ni anak nobor dua (2) dari lapan (8) orang adik-beradik, yang sulung adelah abang aku, dalam kehidupan aku, aku tak penah hidup dengan seorang individu yang perwatakan seperti seorang "kakak"... tapi dalam lapan orang adik-beradik ni terdiri dari tujuh (7) laki-laki dan satu (1) perempuan. Adik aku yg perempuan ni adelah anak yang kelima(5). Disebabkan die seorang sahaja perempuan dan merupakan anak emas ayah aku, so kami semua pangil die dengan nama manja "kakak"... kalau ikut kamus "kakak" ni bermaksud seorang anak perempuan yang sulung atau seorang perempuan yang lebih tua dari adik2 nye yang lain... tapi dalam famili aku die lah "kakak"... sampai sedara-mara kami pun pangil die "kakak" juga... itu lah keunikan sesebuah famili....



Dalam masa yang sama, aku taknak lari topic lagi... adik perempuan aku ni yang kami pangil "kakak" baru sahaja di ijab-kabul kan pada 2 Januari 2010 dengan sedara baru aku nama die agak panjang tapi yang aku ingat nama husband kakak is Naza... aku doakan agar mereka bahagia sepanjang umur, semoga sampai ke anak cucu...
Cerita pasal "kakak" ni maybe dirumah aku takde seorang individu yang berperwatakan seorang "kakak" tapi ditempat kerja aku ade a few office mate aku yang aku angap die orang seperti perwatakan seorang "kakak" dalam hidup aku... Bukan kerana hanye sebab mereka ni tua dari aku, tapi memang perwatakan mereka seperti seorang "kakak" bagi aku... Dimana mereka sering memberi nasihat, sering berkongsi pendepat, dan sentiasa marah kalau aku lakukan sesuatu yang agak bodoh... walaupun kami tiada pertalian keluarga, tapi bagi aku mereka lah watak "kakak" dalam hidup aku. Aku tak boleh nak citer banyak pasal die orang ni nanti die orang baca coretan aku ni heheheh... aku citer sikit ah... kakak yang aku ade kat tempat kerja aku yang sulung aku panggil kakak "K", aku segan dan respect dgn die, kekadang kalau nak sembang ngan die aku intai dulu bilik die kalau ade org lain dalam bilik die baru aku masuk dan mula menyebang... yang kedua aku pangil kakak "D" yang ni penuh emosi dan very sensitive, tapi banyak berkongsi pendapat yang bernas, dan yang last skali aku pangil kakak "H" yang ni very perfectionist always follow the book, hehe tak baik kutuk orang lebih2... Yang pasti kakak-kakak aku ni semua banyak membantu aku... aku sentiasa nak ucapkan terima kasih kat die orng ni...



Seronok Ayah aku main ngan cucu die



Ni Atok ayah aku, masih segak dan Handsome lagi...


Saturday, January 9, 2010

2010 resolutions

Health
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a commoner and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants..
4. Take a 10-30 minutes walk daily. And don't forget to smile.
5. Solat 5 times a day
6. Sleep for 7 hours.

Personality
7. Don't compare my life with others. everybody have a different goals.
8. Don't think negatively, always positive about my decisions
9. Don't over do and always keep to my limits.
10. Won't take myself so seriously. No one else does.
11. Dream more while I'm awake
12. Envy is a waste of time. I already have all I need..
13. The past is the past, you cannot change the past. But you can change the future.
14. Life is too short to waste time hating anyone. Won't hate others.
15. Make peace with my past so it won't spoil the present.
16. No one is in charge of my happiness except myself.
17. Know that life is like a school and I'm here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away, but the lessons that I've learn will last a lifetime.
18. Smile and laugh more.
19. I don't have to win every argument. Agree to disagree...

Society
20. Communicate with my family often.
21. Each day give something good to others.
22. Forgive everyone for everything..
23. Respect my elders and trust the young ones.
24. Try to make at least three people smile each day.
25. What other people think of me is none of my business.
26. My job won't take care of me when I am sick. My family & friends will. Will stay in touch.

Life
27. Do the right thing!
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
29. Allah heals everything.
30. However good or bad a situation is, it happens for a reason..
31. No matter how I feel, get up, dress up and show up.
32. The best is yet to come..
33. When I'm awake alive in the morning, I need to say Syukur Alhamdulillah.
34. To greet people with Assalamualaikum, and to reply Waalaikumussalam.
35. To love & cherish my existence in this very world!!!

Got it from 2010 hand book and edit it... That's all.. 35!!!


Thursday, December 31, 2009

Setangkai daun limau purut



Assalamualaikum


Hari ini satu hari bulan Januari 2010, Alhamdulillah, aku masih mampu dan boleh bernafas lagi, aku bersyukur pada Allah kerana tubuh badan hambaNya masih sihat. Post kali ni mukin aku bersifat hipokrit, hehe…. Aku nak cite ape yang telah aku lakukan dalam tahun 2009. idea ni terdetik bila aku tengah mengisi performance appraisal untuk akhir tahun aku, harap2 naik gaji lagi tahun ni insyaAllah… kekadang tuh membuat aku tergelak sendiri, entah ape yang aku buat dalam masa setahun… tapi bila aku lihat balik gambar2 yang ade dalam simpanan aku dan post yang aku coretkan dalam laman blog ni, semua pengalaman dan pengajaran yang aku lalui dalam tahun 2009 datang kembali dan mengimbas kembali dalam ingatan aku hehe… gelak ketawa, sedih duka semua nye ade…



Aku nak start citer aku ngan tajuk post ni. Tak sangka aku menamatkan saat akhir 2009 dengan mencari setangkai daun limau purut hehe... pada malam 31 December aku tangah buat rendang daging untuk pulut kuning, adik pompuan aku nak kawen. Tengah aku mengacau rendang tu, aku lupa daun limau purut, aku tgk jam dah 10:45.. so dengan harapan, tolong lah ade limau purut tengah malam ni. So aku amik kunci keta aku dan terus kuar, sedang aku tengah drive tetiba aku perasan, ramai plak manusia kat shah alam ni yang kuar tengah malam ni, ade pelak sekumpulan budak (tak abis skolah lagi kot) menungang basikal G-pang dengan bendera melaysia dan bertopi santa claus... ”la ade lagi ker group ni” aku ingat rancangan 360’ dah hapuskan kumpulan yang memburukan image rakyat Malaysia ni hehe...




Dah lama aku tak merayau tengah malam cam tuh tanpa tujuan... dulu zaman aku hingusan memang selalu gak ah merayau cam tuh hehe... tapi aku takde basikal G-pang ah, aku merayau naik keta kancil... 2009 aku mula dengan azam aku nak further study aku... konon nye nak gi oversea, tapi ape kan daya takde rezeki... dengan takdir Allah... aku masuk UiTM lagi, so tercapai gak ah azam aku tuk sambung belajar... hmmm aku ingat lagu yang memulakan tahun 2009, selalu berkumanadang kat radio. Lagu tu gak menjadi juara anugerah juara lagu... lagu dari ”meet uncle hussien - lagu untuk mu”... takde kena-mengena pun ngan aku tapi aku nak bagi tau gak... tahun 2009 juga merupakan tahun aku menjinak dengan blog. Kiranye aku boleh digelar blogger ker... entah la... yang pasti blog ni memang membantu aku, tapi yg pasti blog ni bukan diary aku...



Oh yer.. 2009 juga aku jual MTB kesayangan aku... tapi aku taknak menyesal... kerana penah seorang profesor bagi tahu aku “the past is the past, you cannot change the past” kira word of wisdom die tuh memang masuk akal ah... tapi aku nak sambung ape yang die kata tu… “but you still can change the future”... so itu yang aku nak lakukan untuk tahun 2010 ni, ade banyak azam yang tersenarai yang best tu biar aku sorang jer yang tahu.. azam yang aku nak kongsi is aku nak amalkan hidup yang sihat... aku nak berhenti tabiat merokok... kenapa lah aku start merokok... well harap2 tercapai lah...



Hmmm 2009 gak ramai sahabat aku menamatkan zaman bujang dan ade gak yang baru bergelar ayah... pape pun aku tumpang gembira untuk die org... oh ye aku baru beli katil “divan”, katil lama aku patah, munkin aku dah berat sangat kot... and katil aku tuh selamat dihantar pada 31 December (smalam) harap2 katil aku ni dapat membantu aku tuk amalan hidup sihat aku hehehe... Reandang aku dah sejuk kot, aku nak transfer rendang aku dalam bekas... nanti aku nak kukus pulut petang nanti plak...


So 2009 aku stakat ni jer kot... pape pon jadi lah manusia yang terbaik dalam hidup...



Thursday, December 24, 2009

Wednesday, December 23, 2009

PAHANG Coastal Area



Assalamualaikum...

Aku baru balik dari Kuantan, next sem ade research project kat kuantan pasal Pahang coastal area tourism developement, so baru2 ni aku dan team pegi riki area tuh, nak identify bapa keluasan so boleh determine bape student and lecturer nak bawak untuk actual research nanti.




Jeti sungai Pahang ni Kuantan




Kawasan pantai di Cherating



Teluk Chempedak




D'kayangan Homestay, ni lah rupa tempat tinggal untuk actual research



View dari sisi... Homestay ni betul2 tepi pantai....

So itu je lah yang aku nak share.

Sunday, December 13, 2009

Belajar & Mengajar



Assalamualaikum...
Sudah sekian lama aku tak bercerita tentang pelajaran aku di UiTM, aku hampir-hampir lupa yang aku ini masih lagi bergelar pelajar. Hmmm pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu. Baru-baru ni pada 10hb December result aku kuar, kata nye kul 10:00pm bole check online. So, dengan perasaan tak sabar, gemuruh, dan gementar aku nak check ah result aku... dari seronok tetiba bertukar kepada panas, dari pukul 10pm sehingalah lagi 5 minit nak pukul 11pm aku masih tak boleh nak masuk web untuk check result... Maybe ramai student yang online dan cuba untuk masuk... Alhamdulillah jam 11:05 aku dapat masuk dan aku dapat tgk result aku, Alhamdulillah semua lulus, aku dapat CGPA 3.33 kira ok lah tuh tak cam zaman aku belajar dulu-dulu hehehe... aku kena maintain CGPA 3.00 ke atas kalau tak mati aku... hehehe



Bila aku cite pasal benda ni aku teringat DR Rahmat penah bagi tau kat aku time aku under grad dulu. Die kata, waktu belajar atau zaman kite bergelar "Student" ade dua (2) time jer kite akan rasa takut, gelisah dan segala perasaan yg negetif... so bila aku fikir-fikir balik, ye lah.. betul ape yg die cakap. Dua time tuh memang aku dah selalu tempuhi... time tu ade lah; 1st - time nak amik exam, memang segala perasaan berputar-putar dalam kepala ni, satu perkataan nak explain perasaan ni adelah "takut"... 2nd - time nak amik result, time ni pun memang segala perasaan berputar-putar dalam kepala ni, sama gak satu perkataan nak explain perasaan ni adelah "takut" gak... aku taknak tipu diri sendiri, memang aku ade perasaan tuh... tak payah lah sapa2 nak ego atau nak sembunyikan perasaan tuh hehehe...



Result aku dah kuar dah, nanti 31hb December 2009 ni result student aku pulak kuar. Camner aku nak cite ni ek, aku tak boleh nak bocorkan rahsia2 tempat kerja aku, yang pasti result yg aku bagi pada student aku semua berdasarkan atas hasil kerja pelajar masing2 dan juga markah exam die org, yang pasti takde elemen pilih kasih atau pilih bulu, aku cuba buat kerja seikhlas yang mungkin.... pape pun aku nak wish good luck kat die org ni....