Tuesday, June 29, 2010
Monday, June 7, 2010
Umpama Kuman Dikelilingi Gergasi...
Assalamualaikum...
Aku tak tau nak start kat mana citer aku ni... Hmmm baru-baru ni Unirazak hantar team untuk Penang Chef Challenge 2010... pasukan ni diketuai oleh Chef D'Mission kami iaitu Chef Dolah... so kesemua pasukan is hand picked by himself... so die come out with 3 Apprentice team, dimana mereka akan bertanding dalam ketogori Apprentice dan satu Professional Team dalam ketegori Professional... pasukan Pro, terdiri dari Chef Dolah sendiri selaku Chef D'Mission, Chef Hasmah sebagai Chef Patisserie, Chef Din sebagai Chef Saucier, dan akhir sekali aku Chefzyco.. entah ape pangkat aku, aku pun tak tau.. hehehehe yg pasti tugas aku buat Appetizer... dan memberi motivasi pada Apprentice (budak2 semua)...
So.. 2 minggu jer kami trainning, pada mulanye aku agak blur sebab aku tak pernah masuk competition berbentuk black-box, selepas aku go through segala procedure yg ditetapkan penganjur aku cuma dapat sedikit Idea lah cara camner nak train budak2 aku ni... dengan nasihat dari Chef Dolah, aku train budak2 ni, aku curah kan segala ilmu dan pengalaman pada die org ni... al-maklum lah aku ni bukan hebat sangat, tak penah menang medal pun, tapi aku ade lah setitik pengalaman nak kongsi ngan die org ni... sebab aku nampak di mata budak2 aku yg die org pun masih mentah.. dan ini pengalaman pertama bagi mereka... dan niat aku taknak kecewakan mereka... bagi aku budak2 yg aku train ni semua dah bagi segala komitmen mereka pada competition ni... kekadang tuh aku rasa serba salah sebab aku tak mampu nak curahkan ilmu yang lebih pada meraka sebab aku ni pun masih lagi mengali ilmu.... Astarfirlahalazim... aku sentiasa berdoa pada Allah berikan kekuatan pada aku...
Dua minggu training sudah lepas, kami tiba di Penag pada 3 June 2010, hari khamis, perasaan aku makin gemuruh, tapi aku sembunyikan... aku tengok Chef Dolah pun tenang... setiba nye kami di sana kami pergi ke arena dapur (P.I.S.A), katanye ade trainning mengunakan combi oven... maklumlah technology semakin canggih, so kena amik tau ah cara mengunakan alat dengan betul... kat situ aku rasa seronok dapat jumpa kengkawan lama, sama ade senior aku or junior aku time belajar dulu ade gak chef2 yang aku pernah kerja dengan meraka, jumpa di arena dapur di penang... hmmm hilang sikit rasa gemuruh aku...
Malam tu ade opening ceremony dan cabut undi di Hotel berdekatan, tibanye di situ aku rasa cam dalam salah satu rancangan di AFC chennel, kesemua peserta pakai Chef Jacket, tapi kami pakai casual jer hahahaha kelakar... aku terpegun dengan design Chef Jacket meraka... macam2 style... tapi lantak ah, ni bukan pertandingan fassion, ni pertandingan memasak... yang penting, presentation dan rasa masakan kite tuh yg utama... hmmmm so bila cabut undi kami kena jam 2.00pm... so ok lah ade masa nak berbincang and tgk dulu peserta lain buat camner... heheehe... nak sedapkan hati katakan... Jumalah peserta untuk ketegori Professional ada dalam 19 team, dan ketegori Apprentice ade 30 team, jumlah terbesar yg Penang Chef Challenge dapat tahun ini... jumlah kedua2 ketegori tersebut akan dikurang kan kepada 16 team untuk pusingan kedua, kemudian dikurangkan kepada 8 team untuk semi-final, dan last skali akan tingal 4 team di final...
So keesokannye pertandingan bermula seawal 9.00 am.. group pertama bertanding... perasaan makin berdebar2 tengok hasil product die orang menakjubkan... Pertandingan berbentuk Black-box ni berbentuk ingredient rahsia... penganjur akan letak dua jenis protein item dalam box dan satu secret ingredient, so ikut nasib lah sama ade ikan, itik, ayam, daging atau kambing dalam box tu tambahan satu ramuan istimewa, remapah yg jarang digunakan... hmmm kemudian bahan2 lain seperti sayaur, garam, gula, sos, semua di letak atas satu meja, dan ikut nasib sapa cepat die dapat, tapi harus ingat, kalau ambil bahan lebih dan tidak digunakan akan dipotong markah... Memang menarik umpama "Iron Chef" yg dalam TV tuh.. hehehehe...
Hmmm selanjut nye, group kami lepas 1st round dan layak ke pusingan kedua ketergori professionalm, dan satu team Apprentice dari Unirazak yang aku jangkakan akan layak ke pusingan kedua juga layak ke pusingan kedua... Alhamdulillah... bagi aku masuk pusingan kedua tuh dah cukup bangga dah... sebab yang lain memang hebat2... so kami masih lagi dalam game...
Keesokan nye pula pusingan kedua, group kami bertanding jam 9.00 kami bertemu dengan team dari Thailand... Peh... aku dah tersa goyang... aku tengok student aku yang layak pusingan kedua lagi goyang, meraka betanya pada guru2 meraka ape strategi seterus nye tapi aku kecewa bila dengar ChefHasmah tak bagi moral suport, sebab kami pun layak gak, so kami pun nak pikir nak wat ape tuk pusingan kedua ni... aku pun tau kesemau terasa gelabah, aku pun sama, tapi aku cuba tenang kan anak murid aku dengan memberi moral support, tapi dari segi product skarang ni atas creativity masing2, bahan makin kurang... bila meraka bertanya boleh tak buat macam ni atau macam tuh aku akan katakan "boleh"... dan bagikan positive comment... yang lain terserah pada mereka.... aku taknak jadi hypocritical, aku percaya sebagai seorang coach atau jurulatih, time trainning aku dah bagi dan hentam meraka cukup2, Chef Dolah pun pun sama dah perah die orang ni sampai jadi berdisiplin.... so time2 camni cuma kata2 semangat jer yang bole menaik kan motivasi dan moral die orang.... hmmmm aku pun tak cukup trainning lagi hehehehe...
Keesokan nye pula pusingan kedua, group kami bertanding jam 9.00 kami bertemu dengan team dari Thailand... Peh... aku dah tersa goyang... aku tengok student aku yang layak pusingan kedua lagi goyang, meraka betanya pada guru2 meraka ape strategi seterus nye tapi aku kecewa bila dengar Chef
Setelah, kami menempuhi segala kehangatan dan keriuhan pusingan kedua... akhir nye keputusan keluar, dan perjalanan kami di Penang terhenti di pusingan kedua... bagi aku pusingan kedua cukup jauh, walaupun kami target final... hehehehe.... aku rasa seronok dan puas..... nak wat camner takde rezeki... tapi aku harus ingat walaupun balik tangan kosong tapi semangat aku membara lagi untuk cuba lagi... pertandingan bukan satu jer... ade bermacam2 lagi jenis pertandingan memasak yang menantikan penyertaan aku esok lusa... dan semangat tuk bertanding tuh ade dalam aku... InsyaAllah kalau ade rezeki lagi aku akan cuba lagi... so bye-bye Penang, pengalaman di Penang buat aku rasa "umpama kuman dikelilingi gergasi" tapi jangan gentar pula bila esok hari aku yang jadi gergasi... hahahahahaha...
Sunday, May 30, 2010
Pengorbanan Siti Hajar....
Assalamualaikum...
Secebis kisah sebagai tazkirah ...semoga mampu menjadikannya bukan sekadar satu bacaan...tetapi satu motivasi untuk sama-sama kita hayati dan diamalkan..Insya Allah...
NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.
Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.
Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.
Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.
Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.
Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.
Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.
Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.
Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.
Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.
Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.
Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.
Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:
"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"
Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."
Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."
Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"
Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."
Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.
Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.
Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.
Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."
Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.
Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."
Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.
Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.
Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?
Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.
Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.
Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.
Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.
Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."
Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.
Friday, May 28, 2010
Rakan DCT 98
Assalamualaikum...
Hari ni aaku nak kongsi satu puisi yang telah di coretkan oleh salah seorang sahabat seperjuangan aku sewaktu aku buat diploma dulu...
DCT 98,
Setiap saat itu merupakan 1 perjalanan,
Setiap kejayaan itu merupakan satu pengalaman,
Setiap kegagalan itu merupakan satu pengajaran,
Tidak akan ada perjalanan tanpa pengalaman dan pelajaran yang dibawa oleh kita,
Dahulunya kita hanyalah insan yang datang ke kota untuk menimba ilmu,
Tapi kini kita diantara golongan yang memberi sumbangan pada pembangunan pada Negara kita,
Dahulunya kita belajar mengenali diantara satu sama lain,
Tapi kini kita mula belajar mengenali pasangan dan ahli keluarga baru rakan-rakan kita…..
DCT 98,
Selangkah kita kehadapan bererti mengharungi seribu kemungkinan,
Adalah mudah untuk kita berputus Asa,
Tetapi meneruskan usaha menyelesaikan sesuatu perkara yang sudah kita mulakan adalah perjuangan mutlak pada diri kita….
DCT 98,
Rakan-rakanku bukan kecil orangnya,
Rakan-rakanku bukan penakut orangnya,
Rakan-rakanku bukan sombong orangnya,
Rakan-rakanku adalah golongan orang-orang yang disegani,
Malah lebih dari itu mereka adalah golongan yang menghormati sesama sendiri,
Hinggakan ada kalanya mereka lupa akan kepentingan diri mereka sendiri,
Ini kerana hati dan perasaan rakan-rakan amatlah dijaga agar tidak terguris….
DCT 98,
Hargailah masa yang masih ada ini,
Manfaatkan masa ini untuk bersama Ahli keluarga kita,
Manfaatkan masa ini untuk menghargai kenangan lalu,
Manfaatkan masa ini untuk memperbetulkan kesilapan lalu
Manfaatkanya agar kita semua dapat merasai nikmat mempunyai sebuah persahabatan……
Sekian,
Khairul Anwar Abdul Manan
Dct 98 - 2001
Wednesday, May 19, 2010
Kosong
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.... tahap kerja aku hampir selesai untuk semester Jan2010 ni... aku masih dalam process mengadaptasikan theoretical framework aku kedalam bentuk tulisan, sementara aku tengah cuti sem sekarang ni... hmmm kehidupan aku normal... bangun pagi.. pergi kerja.... balik then famili time kat umah.. menoton TV sebelom aku masuk ke kamar aku untuk tidur... tak lupa solat 5 waktu aku... dan laluan routine hidup aku ni berulang2 semenjak dua menjak ni, tanpa ade kelainan atau kejutan dalam hidup aku, aku rasa serba kekurangan.... aku tak tau punca die dari mana...
Aku cuba selami diri aku, dan aku dapat tahu yang diri aku ni KOSONG
Monday, May 10, 2010
Remote Control...
Assalamualaikum...
Hmmm entah ape nak tulis aku pun tak tau... tapi last weekend aku gi satu tempat ni kat Glenmeri Shah Alam... tak tau plak ade tempat camni kat Shah Alam... tapi seronok ah... elok dijadikan hobi untuk sesape yang berminat... tapi bila aku tanye pengemar hobi remote control (RC) bape harga sebijik RC ni... hmm terus aku rasa hobi ni tak sesuai ngan aku kot hehehehe... takpe lah...
Aku ade amik kesempatan untuk mengambil a few snaps, what is going on on the location... so just enjoy the views....
Monday, May 3, 2010
Ip Man 2
Assalamualaikum...
Aku ni bukan lah peminat Chinese movie, tapi musim2 releks ni... aku senang terpengaruh ngan kengkawan... so one day my office mate ajak tgk citer ni Ip Man 2, aku dah lah tak tgk yang part 1 nye, tapi cara office mate aku citer tuh terus aku dapat capture sedikit sebanyak ah jalan citer die... so end up tengok gak ah... ok lah cerite die, fighting scene agak menarik... lagi pun watak Donnie Yen ni memang style....
Movie ni base on a true story of Grand Master Eep Man... merupakan Sifu Kung Fu Wing Chun... dan salah seorang anak murid nye adelah Bruce Lee... sebab tuh cite ni dapat sambutan ramai kowt... tapi kalau sape tanye aku pasal movie ni mesti aku suggest gi tgk nye.... memang worth the money you spend ah... hehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
























