Jom Kira

Sunday, April 18, 2010

Ukhwah

Assalamualaikum...

Aku tak bole nak tido lah malam ni, entah nape entah, banyak benda dalam pemikiran aku ni kowt... aku saja nak timbulkan topic ni, "ukhwah".... aku sering dengar perkataan ni timbul bila aku baca comment di facebook, memang perkatan "ukhwah" ni biasa di dengar dalam perbualan harian atau ceramah2 agama yg aku dengar... tapi aku kurang pasti maksud sebenar "ukhwah" adekah kami mengunakan perkataan itu dengan tepat, kerana bahasa Arab ni bahasa kitab kita, salah pronounce sikit, atau salah digunkan dalam ayat ia akan membawa erti atau maksud yang lain....Ya Allah.. terlalu sukar untuk mentafsir erti kata "ukhwah" yang sebenar tulus dari hati aku. Adakah selama ini aku berukhwah dengan sebenar-benarnya?


"Ukhwah atau persaudaraan merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya."

Aku dapat rasakan tajuk ni ade kaitan nye dengan persahabatan atau kasih sayang (RELATIONSHIP) maybe sebab itu aku cuba bincangkan dalam post ini kowt.... jika kita mahu diri kita di sayangi, kita mesti memberi sayang kita dahulu, berulah kita dapat 'sayang' darinya...  Jangan sesekali kite membandingkan antara sahabat2 baru dan lama. setiap insan tidak sama gaya bersahabat... ade yang mudah mesra, ade yang serius, ade yang kepala gila, dan macam2 lagi.....


Entah ape yang aku cuba sampaikan dalam ayat kat atas tu pun aku tak tau.... Yang pasti aku dapat info dari perbualan antara sahabat-sahabat aku dan juga sedikit bacaan aku... aku ade baca satu artikel ni, yg mengatakan "salam ukhwah" tidak sesuai jika disebut antara lelaki dan wanita yg bukan muhrim, hmmm aku sebnarnye tidak berani nak sentuh topic ni dengan lebih mendalam, tapi  ia sentiasa bermain di tatapan hati ini...ape2 pun kite semua ade akal fikiran, so gunakannye dengan sempurna...







P/S: Aku letak picture student aku tengah wat ice carving, sebab ni pic terbaru aku amik.... maybe dalam tak sedar ade ukhwah antara meraka... wallahualam... Perkara bole di bincang lagi...

3 comments:

e.p said...

Salam.

Izinkan aku berkongsi sedikit pandangan mengenai tajuk salam ukhwah ni.

Salam biasanya digunakan untuk menyapa, memperkenalkan diri atau
meminta diri meninggalkan sesuatu majlis.

Umumnya, terdapat 2 bentuk salam yang ada iaitu, salam berbentuk
ucapan (ucapan dengan lidah) dan salam berbentuk gerakan (berjabat
tangan, mengangkat tangan atau melambaikan tangan).

Salam ukhwah dalam konteks di atas mungkin boleh dikategorikan dalam
salam berbentuk ucapan.

Ukhwah bermaksud persaudaraan. Didahului dengan salam sebagai satu
cara untuk menyapa seseorang.

Islam mengunjurkan kita supaya bersaudara dengan semua orang Islam.
tidak kira lelaki atau wanita.

Firman Allah,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [TMQ al-Hujurat
(49:10]

Aku ada membaca topic pasal yang ko sebutkan iaitu salam ukhwah tidak sesuai diucapkan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tetapi tulisan itu tidak terhenti di situ dan perlu di baca habis. kat sini aku panjangkan tulisan tersebut

"selepas mengucapkan 'salam ukhwah', mulalah si dia ni menghantar kata-kata hikmah, nasihat perjuangan, doa dsb tanpa melihat kepada perbezaan jantina antara kedua2 individu ini.. setelah itu, jika dilayan, akan wujudlah 'cinta ana-anta' yg pernah dibincangkan sebelum ini.."

kat sini jelas, ucapan 'Salam Ukhwah" tidak salah, tetapi yang salah apabila ucapan salam itu digunakan untuk membawa kepada perkara yang buruk seperti bercinta cintun.

Jadi tepuk dada tanya selera. Kalau niat kita tidak baik dalam mengucapkan salam tersebut, maka akhirnya akan jadi tidak baiklah. Kita manusia ini diberikan akal fikiran untuk berfikir dan hendaklah kita menggunakan sebaiknya.

Namun yang demikian, salam ukhwah pada aku merupakan salah satu penggunaan bahasa arab dan ianya biasa.

Cuma kalau kita nak menyapa seseorang, maka gunakanlah ucapan "Assalamualaikum", kerana ini yang digalakkan dalam Islam. Menyebutnya sunat, tetapi jatuh wajib bagi orang untuk menjawabnya.

Wallahualam. aku hanya berkongsi. Dialukan pendapat lain. Saya pun masih belum sempurna.

chefzyco said...

terima kasih saudara ep. hujah2 baik... sebenarnye topic2 cam ni sesuai dibincangkan antara sahabat2 kita... tapi bila kita lepak kedai mamak jer topic yg dibincang cam berbual kosong, ape yg berlaku pada golongan muda kita zaman skarang ni.. hmmm pape pun thanks for the reply...

e.p said...

hey man..

ur blog background song really touch me...

where to get it?