Jom Kira

Tuesday, December 6, 2016

Tulang Rusuk



Assalamualaikum...

Kat mana nak mula ni?... tadi, rasa macam banyak nak bercerita dalam ni... bila pegang keyboard jer hilang... Oh! yer baru2 ni The FROTLS buat video clip... hahahha.. die org guna khidmat Jalot, mamat ni media work die memang terbaik, kira bole puashati lah hasil kerja die, even zaman aku belajar dulu ade assignment yang memerlukan grafic or media work aku akan mintak tolong dari die.... hahahaha.. nanti aku share link video clip The FROTLS kat bawah... Oh yer kalau perasan muka aku takde dalam vid tuh... hahaha bukan ape, kalau bole aku prefer belakang tabir jer... cuma intrest aku dalam project "The FROTLS" just for the part of composing, arrangement of music and recording... em performing infront of live audiance ... emmm bole consider lagi lah walaupun ade perasaan takut dalam diri aku ni... hahhaa... tapi bab2 publicity aku serah kat leader kami.. vid clip ker, interview ker, biografi ker... itu leader kami memng intu it... I'm here for the artistic value and passion for art works.... susah nak faham benda ni, walaupun leader kami tu ade degree in fine arts hahahahha...(just a joke)....

Aku bukan nak kondem band sendiri, tanpa die org tak jadi project "The FROTLS" ni... yes! aku faham kena ade pengorbanan... kekadang gaduh sesama sendiri kena mengalah gak... ape aku nak kata kat sini kerja dalam group kena ade tolak-ansur... masing2 kena faham part masing2 lah kan... aku cuma ade assumption pada band members kami (assumption is the mother of all problem) hehehe... macam bassist kami, he's the mucsle of the band, pumping the bass guitar keeping a consistent beat... drummer kami plak is the heart of the band, beating the drumbeat keeping our blood flow going... our vocalist is the backbone (vertebrate) of the band. a man with a mission and vision the leader of the band... and finally me in the corner, the side-man, dimana hasil karyanye tak di-acknowledge (tak kesah pun ikhlas).. I put my self as the ribs of the band, attached to the backbone, covering the heart and holding up the mucsle... !!!! 

Aku ke-kadang macam rasa tak senang, aku cuma nak faham.. dengan kematangan aku ni aku rasa aku bole jer nak bersuara pasal sesetengah perkara... nak citer industry music... sape aku ni... hahhaha... tapi memang skang banyak dah berubah... aku penah tengok satu rancangan ni dihoskan oleh Rosyam Nor, tetamu dia Edry Hashim, pastu editor majalah ROTTW (tak ingat nama) and guitarist Love me Butch... topic dibincangkan "band indie lebih luar biasa" aku tertarik dengan statement guitarist love me butch ni... die kata indie band punya hasil kerja eleminates the middle man... org tengah ni adalah syarikat rakaman yang pada zaman dahulu yang keluarkan duit dan bagi tahu artis lagu ape ko boleh nyanyi and lagu ape ko tak bole nyanyi.....statement ni 15 tahun lepas... tengok zaman skang... jangan cakap indie band... mainstream artis pun skang kena keluarkan duit sendiri untuk rakam singgles... sebab nak rakam album mahal gila...heheehe.... syarikat rakam dah tak relevent skang... lagi2 dengan dunia digital skang ni... nak buat rakaman skang semua dalam digital... 

Aku rasa macam nak cerita pasal the strugle of indie bands... tapi maybe next time lah.. dah banyak aku coretkan kat posting yang ni... ok, sehinga kita jumpa lagi... bye...


Thursday, August 18, 2016

A Four Piece Band

Assalamualaikum...

Cuma nak share sikit, semenjak dua-menjak ni aku mengisi masa lapang aku dengan mebuat latihan musik bersama rakan-rakan sejiwa (kimia) aku.. bila nak main musik ni berpasangan dengan empat kepala kalau takde kimia tak jadi.. so, aku rasa kami berempat boleh dikatakan ade kimia lah.. barulah jadi cerita yang aku nak coretkan hari ini... buat masa ni aku belum nak coretkan sejarah dahulu... aku nak coretkan sejarah terkini... hahaha ok! cerita dia pada tanggal 6 hari bulan Ogos 2016 kami, kawan-kawan kimia aku telah berjaya merakamkan demo musik kami.. angota kumpulan pancaragam kami terdiri dari 4 orang.. 


Sebenarnye kami sebagai rakan-rakan yang ade kimia bermain musik ni dah lama semenjak dari bangku sekolah lagi kami sudah membuat latihan musik bersama, pernah satu ketika kami diangotai 7 orang.. tapi itu semua kisah lama... so setelah kami masing2 sudah berusia sedikit, berumah tangga dan mempenyai komitmen masing2... kami bertemu kembali dan berbincang dan membuat keputusan utuk cuba sekali lagi menceburi dunia musik yang universal ini.. ape lah ayat aku ni hahaha... bedal jer..


Rancangan asal kami.. hendak rakam 3 lagu, tapi dengan stamina dan masa yang terhad.. kami berjaya rakam satu lagu sahaja... Syukur jugak lah.. itu pin berapa kali banya kesilapan yang dilakukan... hahahaha... kami bukan profesional pun...



Aku nak amik kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada pasangan isteri masing2 kerana memberi "hall pass" kepada kami... kepada band member, AdyIzwanov, Izzat, and katique kerana memberi komitment... tak lupa Ucop sebagai sound engineer yang buatkan bunyi kami mantop.. HWC Studio kerana memberi kebenaran mengunakan studio korang hahahaha... dan sape2 yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung... terima kasih semua...



Ok!... tanpa melengahkan lagi... tanpa mebosankan korang lagi dengan coretan aku yang prosa klasik nye tungang terbalik terimalah lagu demo kami... sila tekan play di bawah... hehehe enjoy!

Oh! lupa nak bagi tahu:
Band: The Fourteenth Rib On The Left Side
Song: Akan Ku Bawa Kamu Ke Venus

Sunday, July 24, 2016

Kembalikan Masa Depanku


Assalamualaikum...

 

Kembalikan Masa Depan ku

Melangkah demi satu langkah..
Derap langkah kaki selalu menjelajah..
Pikiran dan hati kdang tergoyah..
Tapi mimpi berkata jangan menyerah..

Ku berjalan di atas lintang dunia,
ku menatap dibawah sinar dunia,
terkadang cobaan melintas di sekitar kata,
tapi hati berkata tak ada yang sia-sia..

Pengorbananpun dilalui meskipun terkucurnya darah..
Kesungguhanpun membuat kita menjadi resah..
Terkadang detak jantung slalu bergulir cepat..
Tapi mata berkata lakukanlah yg terbaik..

Biarlah masa lalu membelah jiwa, anganku hnya sbatas mata..
Biarlah masa lalu merobek pita, tapi masa dpan membuka jiwa..
Gerbang ksuksesan didpan mata..
Meniti khdupan yg slalu berputar..
Tuhan tahu kalau kita pintar..

"Venus" is a metaphor

Assalamualaikum...



"Akan ku bawa kamu ke Venus"

This song will take you to the unknown, the songwriter will bring the listeners of his music to a place where no one knows "Venus" is just a metaphor, the music is a vehicle that can transport you to different places, that's the Idea of this song. there is no pain involve in composing this song...


Thursday, June 16, 2016

Dimana aku Sekarang?



Assalamualaikum... 

Just nak update blog.. well lately ni have been tersangat lah sibuk... hehehe urusan keluarga, urusan anak.. dan juga urusan diri sendiri yang tak tahu hala-tuju... Aku mungkin dikaburi dunia berkeluarga hingga aku lupa siapa aku sebenar... hahaha bukan nak berbunga-bunga... tapi sebenar nya hati aku ni halus... Wah, cerita pasal hati jantung ni.. emmm baru baru ni dalam bulan march 2016 aku di diagnos oleh Dr Ting (pakar cardiology) yang aku kena minor heart attack... peh... terkesima aku sebentar dan terjaga dari lena.. Detik hitam yang aku lalui itu buat aku bukak mata seluas-luasnya.. Aku harus lakukan perubahan drastik... Punca serangan angn ahmar halus itu disebabkan heavy smoking aku ni, cholestrol dalam badan aku normal.. so mulai saat ini aku nak bagi tahu seluruh rayat Malaysia yang aku finally dah berhenti merokok... Alhamdulillah... now dah bulan 6 so stakat ni dah 3 bulan aku tak sentuh benda haram tuh.. vape aku hilang kena curi.. bagus gak pencuri tuh.. confirm aku tak isap pape dah.. aku cuma hisap oksigen yang segar-bugar sahaja..


So now aku on medication, aku nak cuba ubah cara hidup... aku nak main basical semula lah... target skang aku nak beli basikal balik.. hmmm yang baru lah off-course... so kumpul duit dari skang.. insyaAllah dalam dua tiga bulan lagi aku boleh stop medication aku ni.. start living a healthy again..


Oh.. semenjak dua menjak ni juga aku dah start jamming balik.. well, band member lama.... dah serasi agaknya... takde org dah nak jam ngan aku.. aku penah cuba jam ngan sudent aku, tapi cam tak berjaya and agak kekok lah.... so back to same line up..... cuma kali ni kami semua dah matang lah.. aku pun malas nak gaduh2 ... die org nak kutuk aku lantak lah... aku bukan nye terer mana pun.. kalau die org nak buang aku pun aku tak kesah... objective aku sekadar ade aktiviti hujung minggu... sekali sekala tingalkan anak bini sebab sanyang... kan!... 

Aku rasa buat masa ni..... ini saja yang dapat bagi peringatan untuk aku.. lepas ni aku akan cuba active kembali mencoretkan "word-play yang sinis" eh.. terpakai ayat member aku plak... hahaha... well until next time see ya....

 

Friday, September 20, 2013

"Mama Pinky B"



Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer pasal tabiat merokok aku, yer aku masih merokok, dalam masa yang sama aku cuba mengurangkan tabiat aku... So aku jumpa alternatif baru untuk mengatasi tabiat aku ini... nama nye VAPE... macam2 org pangil e-cigarette la rokok elektronik lah.... bagi aku senang aku pangil vape, short form kepada vapor, "In vapor we trust" hehehehe..... ok mod yang aku guna dalam vid ni adelah KTS telescopic storm dan tank yang aku guna adelah RDA mini drip tank, memang conbinasi yang mantap, manakala liquid atau flavor yang aku ketagih buat masa ni adelah "mama pinky" dan juga "B-ice"...
Aku bukan nak promosi supaya org ramai isap vape... tapi aku nak tunjukan usaha aku untuk berhenti dari tabiat buruk merokok aku.... sekian.


 

Monday, July 8, 2013

Ramadhan.

 

Assalamualaikum...
 

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah: 183)




Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA…



 

Thursday, July 4, 2013

Semua akan baik-baik saja...



 Assalamualaikum... 

 Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah,

Biar aku mulakan coretan aku ini dengan meminta maaf kepada dunia kerana lama mengabaikan satu-satu nye karya aku di alam sesawang ini... bukan aku tidak mahu berkarya lagi, cuma kebelakangan ini aku kekurangan inspirasi... aku sering membuka blog aku dan click pada button "new post" dan bila aku mahu menekan papan kekunci ini ade saja halangan dan dugaan... serba kekurangan... hmmm entah2 takde sape yg peduli pun... biarlah.. asalkan aku saja yg puas hati dengan coretan aku yg prosa classic bahasa nye agak tunggang langang... Alhamdulillah... 

Hari ini, aku cuba kuatkan semangat aku untuk mencoretkan sesuatu yang indah... namun, aku masih tak mampu... tapi dalam kegelapan dan kekurangan aku ini, dalam tidak sedar ade cahaya bagai lilin yang agak malap sedikit dan mampu menerangi hidup aku.... hahaha... ape bahasa aku guna kan ni... entah lah... macam ni lah, biar aku ingatkan satu cerita yang sering kawan aku gunakan terhadap aku... kesah "seorang budak yg berada di padang yang luas" ala yang budak tu tanyekan pada guru die bagaimana kita nak tahu jodoh kita, dan guru nye suruh die memetik rumput yang paling cantik di padang yang luas... dan jangan kau toleh kebelakang sampai ke hujung padang sehinga kau jumpa sehelai rumput itu...... hmmmm motif aku, moral aku... aku sudah memetik rumput yang aku rasa paling cantik, dan aku takan toleh kemana-mana.... dah aku akan pegang pada rumput itu... rumput yang kini telah pun berbunga telahpun menerima aku.... dan kami wujudkan pehubungan ini kerana Allah.... InsyaAllah....





 

Monday, August 6, 2012

Tetap Mencinta

Assalamualaikum...

I just want to share the evolution of this one song....

1st time recorded.....

This with a complete set of people.....

The poem was the original by the composer of this song....

new wave version with the best drum beat up to date...

another experimental.....


 

Tuesday, July 10, 2012

Selamat tinggal UMTECH, Selamat datang NUC

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas... dan buat masa ni aku diberi nafas baru di dunia yang baru dalam alam pekerjaan yang baru... walaupun aku sayang tinggalkan tempat lama.... tapi perjalanan alam pekerjaan aku harus diteruskan... Aku tak lari jauh pun dalam bidang ape yang aku ceburi... kerana bidang ini telah terpahat dalam hati aku... rezeki makan minum aku cuma dalam bidang ini sajalah.... jangan sape2 cuba nak perdaya aku dengan MLM yang hanya membawa kepada penipuan dan memutuskan persahabatan, itu saja bidang yg aku pantang ceburi dan aku tak percaya.... ko nak jadi jutawan ko punye pasal... biar aku hidup sederhana...

Buat masa ni aku rindukan dapur lama di block C (LCS), aku rindukan kakak2 aku di pejabat, aku rindukan anak murid aku yang mejoritinya berbangsa melayu, dan aku rindukan masa terluang aku, aku rindukan perjalanan pendek ke pejabat, aku rindukan membayar hanya satu toll, aku juga rindukan teman2 berasap aku di tangga, aku rindukan orang memaksa aku tuk buat thesis, aku rindukan cafe FHTM yang tidak pernah ade penyelesaian, aku rindukan cubicle 6 darab 6 aku... aku rindukan minum pagi di restoren atiqah, aku rindukan tengok wayang di subang parade, aku rindukan student portal "SMS", aku rindu HRIS/HRMS untuk clock in dan clock out hanya di PC... aku rindukan menungu lift untuk naik ke tingkat 9, aku rindukan parking kereta di basement P2B3, aku rindukan jam di lebuh raya persekutuan..... ah!....

Sekarang, aku tak menghadapi jam, aku cuma perlu ambil masa 45min untuk ke pejabat, aku cuma perlu naik tangga ke tingkat 1 nak masuk pejabat, aku kena clock in dan clock out mengunakan ID card di block A, aku kena terima barang dan keluarkan barang sendiri untuk kelas dapur, aku ade kawan2 yg sebaya ngan aku, aku bole minnum pagi di kantin, aku berasap sorang2 ditandas, aku bole berlatih bahasa ingeris aku... aku ade banyak anak murid antarabagsa... aku lebih selesa mengunakan laptop, aku parking takde bumbung, aku bekerja dalam kawasan campus, alam sekitar disini kehijauan... aku bole hirup udara segar... aku  kerja kurang dari 9 jam... kelas dapur aku sekarang 6 jam, aku... aku... aku... aku dah tak berdengkur lagi dah... aku.. aku.. aku... huh... berapa banyak aku da!..... aku nak buat kerja....


SELAMAT TINGGAL KENANGAN.

Hampir seabad lamanya ku berada disini
sudah terlalu lama
ingin rasanya berhijrah
lari dari segala keresahan
yang sering bermain difikiran.

Ingin aku pergi jauh
jauh darimu
jauh dari semua pandangan
jauh dari kekusutan
kerana disini
semuanya telah musnah
tinggalnya hanya sisa-sisa kenangan
yang membuat jiwaku merana.

Disini jua....
telah mendewasakan aku
telah mematangkan aku
bahawa kasih sayang sebenarnya
tidak boleh diperdagangkan
ianya lahir dari jiwa yang kudus
selamat tinggal kenangan
akan kuabadikan sampai bila-bila.

Monday, May 7, 2012

Word Play yang sinis.....

Assalamualaikum...


To all my friends.. Sorry for all the insult, for all the humiliation, sorry for all the mis understood... Its just my nature of behaving... Thanks for the glory, thanks for the advice, and thanks for realising where I stand... See you when I see you....


ALLAH tau ape yg terbaik untuk hambanya
jgn berhenti berharap
salam...




 

Saturday, April 21, 2012

Moving Foward

Assalamualaikum...

I don't believe that I could be an academician any more.... like I said I'm getting old to soon and I'm getting smart to late.... rasa macam nak masuk industry balik pun ade.... aku percaya hujan emas ade di negeri orang... aku cuba... aku tak mampu... aku bukan putus asa... tapi aku ambil pilihan lain........ 








Sunday, March 11, 2012

Aktiviti melepaskan tensyen....



Assalamualaikum...

Aku baru balik dari Pennag.... Fuh! lama tak up-date menatang ni.... aku ade citer tapi tak tau nak citer camner... aduh kekok plak rasa nak menulis ni... Arrrggghhhhh!.... rasa nak jerit pun ade... life aku bosan... nanti aku dapat gambar dari budak aku, aku nak citer pengalaman kami di Penang.... ok tu ja... chow!


 

Sunday, December 4, 2011

Mempertahankan Kebenaran...


Assalamualaikum...

I just defended my research proposal... new feelings... feels like I let something out... I know I'm not finish yet... still mountains to climb... still seas to swim... I hope I can do it... praise to Allah everything will go my way...

Trying to take the next step to the next level.... God I'm slow....

 

Wednesday, September 28, 2011

I've seen it all...




Assalamualaikum...

Ape khabar semua orang.... bersawang plak blog aku ni... kekadang dah malas dah nak menulis kat sini... tapi aku gagahkan jugak tuk menulis... takde Idea pun nak tulis ape... cuma lately ni jiwa aku tak tenteram... aku rasa nak kerat lapan jer badan aku ni... kat sini perlukan aku, kat sana pun perlukan aku jugak... huh! (mengeluh kejap... tapi tak elok mengeluh sebenarnye)....

life... career... education... love.... The Future...

Wow... so many thing yang berlegar2 dalam pala otak aku... tapi baru2 ni aku ade jumpa advisor aku... die cakap buat yang penting dulu... kalau nak kejar semua dalam masa yang sama memang kita tak mampu... so, aku dah susun semula strategy aku... listkan semua perkara... buat yang mana penting dahulu... jangan tamak... dah dapat betis nak peha plak... senyum sikit... senyum lagi... huh... camner nak bawak perwatakan ceria ni... ceria ceria... hahahaha... aku dah nak mula merepek dah ni...

Focus Zaid... ok... ade satu citer ni... dan aku nak riuhkan kat satu dunia biarpun takde org yang baca blog aku ni... aku nak bagi tau kat semua buat pertama kali aku dianugerahkan dengan pingat gangsa di pertandingan memasak bertaraf dunia hehehe (Culinaire Malaysia 2011)... bila fikirkan balik, zaman belajar dulu aku tak berpeluang untuk bertanding... aku bukan pelajar yg menonjol pun untuk chef aku pilih... so, zaman bekerja ni kuasa di tangan aku sendiri... aku beranikan diri... aku melangkah masuk ke arena reality dunia masakan... hahaha... alhamdulillah.. merasa gak hasil nye... lagi pun niat utama aku untuk bawak anak didik aku pergi jauh... aku suka bila mereka mempunyai jiwa.. mereka mempunyai minat yang mendalam... kehendak aku no.2... anak didik aku diutamakan... alhamdulillah....
Pingat pertama aku dalam dunia masakan

aksi aku dalam arena dapur



Bersimpul-sila aku... aku... aku... aku... ahhhh semput lagi (lawak kumpulan sepah).... hahahaha aku dah angau kot ni.... ape aku citer ni... emmm ok camni... aku rasa aku dah *&^%$%^^&*... demi masa depan... Doa banyak2... InsyaAllah...

Alam pekerjaan aku... Hmmmm aku mula servey dunia baru... aku bukan... eh jab aku rasa tak elok aku citer benda ni kot... insyaAllah... ade masa aku citer... hahahaha... class sem baru dah mula... seronok tengok bebudak semangat nak amasuk kitchen... berkobar2 jiwa die orang... aku pun naik semangat gak... tak tau lah esok lusa die org cari masalah ngan aku... huh maleh aku nak melayan... hahahaha yg penting kita ceria kan....

Dunia pembelajaran aku berjalan dengan lancar... semester terakhir... cabaran makin mencabar.... research (mencari kebenaran)... aku sedang mencari kebenaran... kebenaran yang hakiki... insyaAllah... coordinator dah tukar baru... sempoi... advisor aku pun.. ok lah.. jangan die suruh aku pikir lagi sudah... hahaha dugaan semua tuh... aku hadapi semua dengan senyuman... Alhamdulillah...

The future... kita merancang dengan usaha yang gigih dan ikhlas... dan biar Allah yang menentukan... 

 

Tuesday, August 16, 2011

Just click play and enjoy....

Assalamualaikum...


"9 Crimes"

Leave me out with the waste
This is not what I do
It's the wrong kind of place
To be thinking of you
It's the wrong time
For somebody new
It's a small crime
And I've got no excuse

Is that alright?
Give my gun away when it's loaded
Is that alright?
If u don't shoot it how am I supposed to hold it
Is that alright?
Give my gun away when it's loaded
Is that alright
With you?

Leave me out with the waste
This is not what I do
It's the wrong kind of place
To be cheating on you
It's the wrong time
She's pulling me through
It's a small crime
And I've got no excuse

Is that alright?
I give my gun away when it's loaded
Is that alright?
If you dont shoot it, how am I supposed to hold it
Is that alright?
I give my gun away when it's loaded
Is that alright
Is that alright with you?

Is that alright?
I give my gun away when it's loaded
Is that alright?
If you don't shoot it, how am I supposed to hold it
Is that alright?
If I give my gun away when it's loaded
Is that alright
Is that alright with you?

Is that alright?
Is that alright?
Is that alright with you?
Is that alright?
Is that alright?
Is that alright with you?

No...


      

Friday, July 29, 2011

Ramadhan Menjelma semula...

Assalamualaikum...

Aku bukan nak sembang ape... tapi Bulan mulia yang dinantikan oleh semua umat Islam sudah hampir tiba... Selamat bepuasa kepada semua... semoga Bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sudah2...




 

Friday, July 15, 2011

MADU

Assalamualaikum...

ketika keringat ku jatuh dari hujung bulu ketiak ku, 
dan di sapu dengan debu yang hampir lewat kaki ku, 
bukan ku harap kau jilat telapak kaki ku, 
kerana remang bulu kaki ku adelah remang berahi mu.....




Kau bisa tersenyum Bila memandang wajahnya
Senyumannya manis bak madu lembut menyapa muka

Oh kekasihku pujaan hatiku
Telah ku serahkan sgala yang ada Hingga ku merasa
tak mampu untuk ku lupa diri
Oh kekasihku pujaan hatiku
Telah ku korbankan segala yang ada Hingga ku merasa
tak punya harga maruah..

Pujaan hatiku hanya kamu
pujaan hatiku hanya untuk mu

ini puisi cinta suka dan derita
tak mengira mangsa tua atau muda
miskin atau kaya...
jangan benarkan kau bermimpi

Pujaan hatiku hanya kamu
kekasih hatiku hanya untuk mu

Senyuman mu manis bak madu ramai yang telah jatuh cinta
Senyuman mu bisa bak racun ramai yang telah terpedaya
Senyuman mu manis bak madu ramai yang telah jatuh cinta
Senyuman mu bisa bak racun ramai yang telah terpedaya

 

Wednesday, July 13, 2011

Muallaf...



Assalamualaikum...
Korang peanah tengok filem "Muallaf"? filem ni sbenarnye dah lama dah... tahun 2007 kot kalau tak silap... aku tak penah tangok pun sehigalah baru2 ni aku tgk dalam youtube... ekspresi aku selepas tengok filem ... peh... "beautiful movie"... tapi typical kot... memang sape2 yang toton filem "Yasmin Ahamd" mesti akan puji filem2 die... yup aku penah gak tgk filem Yasmin Ahmad yang lain, macam sepet, mohsin, telentime... ok lah semua tuh "love story".... Tapi filem "Muallaf" banyak kontroversi nye... tak silap aku tak penah tayang pun di pangung kat Malaysia ni... entah lah... alasan kena tukar tajuk dan buang dua scene dalam filem ni... scene budak Christian kena hukum bogel kat taman, dan satu lagi scene perempuan Islam kena cukur rambut sampai botak.... tapi kalau tengok balik scene ni penting untuk memahami filem tersebut... entah lah ni pendapat aku jer... tapi tengok director filem ni pun memang Yasmin Ahmad ni pengaharah filem yg banyak kontroversi... tapi aku kagum dengan hasil kerja beliau jer... tu jer.... 

Disebabkan perasaan ingin tahu aku... aku totonlah filem ni.... yup ade unsur2 keagamaan... tapi takde lah over sangat... bagi aku aku bole terima... dan Yasmin Ahmad telah berjaya mempamirkan typical Malaysian... tetang kekeluargaan... ibu bapa yang menghukum anak mereka dengan melampau, dengan alasan agama... sedangkan dalam agama mana2 pun mana ade mengajar kezaliman... but we are human, and we all trying to be human.... mana ade agama mengajar kita untuk menhukum orang yang bukan seagama dengan kita untuk ke neraka supaya kita dapat ke syurga... pelik... bagi aku kalau kita buat baik, kita akan dibalaskan dengan kebaikan... betul tak? huh... entah lah... aku pun kurang afdal.... aku alpha... aku ni boleh dikatakan liberal jugak lah.... dan aku kenal asal usul aku... dilahirkan Melayu Islam... dan aku percaya dengan kepercayaan aku... Wallahualam...